Pages

Tuesday, December 27, 2011

Sam's Top 5 Malaysia ~ Samantha Brown's Asia

Adventure in Malaysia including Pantai Kerachut Teluk Bahang in march 2010. This programme is in astro 707 travel living channel around august 2011.

Monday, December 26, 2011

Sejarah Asul usul Pekan Kongsi Balik Pulau

PENANG BEFORE FRANCIS LIGHT

RAKAMAN SEJARAH AWAL MELAYU P. PINANG

PUNCA KEPUPUSAN IKAN DI TELUK BAHANG.MOV

Husam Musa in Teluk Bahang


HUSAM MUSA DAN PERISTIWA HIJRAH :IKTIBAR BUAT  MELAYU P.PINANG 

Melayu  P.Pinang  mengalami keterpinggiran yang parah selepas 50 tahun merdeka. Inilah satu negeri yang UMNO tidak mengambil peduli langsung tentang nasib sosio-ekonomi Melayu. UMNO United Malays National Organisation dan geromboloannya iatu para korprat yang keparat  membiarkan saja Melayu terumbang ambing dalam arus ekonomi komersial yang bergelora tanpa niat dan  tindakan untuk  membela. 

Para pemimpin UMNO sibuk ambil kesempatan mengaut  komisyen dan peluang atas nama Melayu demi melonjakkan kedudukan sosio-ekonomi mereka.

Lahirlah beberapa jutawan Melayu atas tiket politik dengan menggunakan kouta dan hak Melayu.Masyarakat Melayu secara keseluruhannya dibiarkan menjadi mangsa pembangunan mewah dan komersial.

Inilah jua gambaran yang akan berlaku kepada orang Melayu ditempat lain apabila ekonomi kapitalis bergerak pantas. Nasib Melayu pada keseluruhannya tidak selamat selagi kita percaya kepada dasar - dasar ekonomi UMNO-BN yang pro kapitalis dan  para korprat politik ( baca para keparat = kapitalis + feudal + ningrat)  =  anti rakyat.

Mengenai ini Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS telah berkata : "UMNO tidak mempunyai sebarang locus/ asas /hak untuk bercakap tentang nasib Melayu P.Pinang. Merekalah yang menjadi punca keterpinggiran Melayu dan  terbukti menjadi agen yang mengkhianati amanah rakyat


Lihatlah bukti apa yang telah berlaku.Fakta adalah sejarah yang terpapar dengan jelas. Bolehkah UMNO menafikannya ? Tanah milikan Melayu di Daerah Timur Laut P.Pinang tinggal tidak sampai 3 peratus.Kampung-kampung yang ada tunggu masa akan pupus.


Melayu adalah bumiputera yang dijamin  dalam perlembagaan. Justeru bumiputera mesti ada habitat iaitu tanah.Di manakah UMNO mempertahankan tanah-tanah Melayu di P. Pinang. Tidak ada satu kawasan Melayu pun yang selamat.Tanah kiri kanan masjid pun boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Paling akhir Kampung Bukit Kecil telah hilang apabila dibeli swasta.Tiada usaha menyelamat. Yayasan Bumiputra dan Bahagian Penyelarasan Ekonomi Bumipurta JPM langsung  mendiamkan diri.

Tidak ada bukti UMNO telah menyelamatkannya. UMNO tunduk kepada ekonomi kapitalis secara totok.Walau pun ada DEB yang memperuntukkan kuota 30 peratus pegangan Melayu, itu seperti telah diketepikan oleh Dasar Penswastaan.

Agensi Melayu saperti UDA yang banyak mendapat tanah percuma atas nama Melayu akhirnya memajukannya untuk pasaran terbuka. Inilah nasib Melayu apabila terlalu percaya kepada parti yang telah membelot hak-hak rakyat dan membolot kekayaan untuk mengisi tembolok para  kroninya.


Namun begitu dalam PRU ke 12 Melayu P.Pinang masih menyokong BN secara majoriti. Daripada 15 kerusi UMNO  masih mengekalkan 11 kerusi. Justeru PAS mesti turun padang untuk mengambil alih peranan UMNO memajukan sosio ekonomi rakyat dengan kerap  mendampingi NGO dan rakyat. 

Nasib Melayu -Islam masih boleh diselamatkan sekiranya PAS jujur  menyusun langkah membela rakyat

Peluang masih terbuka.Inilah yang ditekankan oleh Datuk Husam Musa bahawa perubahan yang positif pasti berlaku apabila kita berhijrah. Namun umat Islam tidak pernah berhijrah dari segi mind set. Mereka masih percaya kepada tahyul kononnya apa yg sedia ada itulah yang terbaik. 


Salah satu aspek yang ditekankan beliau ialah kita mesti merancang sebagaimana Rasulullah membuat perancangan menyusuli hijrahnya ke Yathrib. Jika kita gagal merancang kita merancang untuk kegagalan.

Dalam hal ini sekirannya PAS menguasai Majlis Agama Islam P.Pinang apakah perancangannya ? Banyak perkara yang boleh dibuat.MAIPP ada aset dalam bentuk tanah-tanah wakaf yang boleh dibangunkan untuk  umat.

Kita mesti bersama dengan orang-orang benar sebagaimana nabi bersama dengan Abu Bakar.Nabi menggunakan muslihat untuk menipu orang - orang musyrik supaya tidak adapat menjejaki perjalanan baginda. Perancangan mesti bijaksana sehingga musuh gagal memintas. Abu Bakar membeli unta yang paling baik untuk  menempuh perjalanan yang jauh.Taktik dan strategi mesti kemas dan ampuh.

Kita harus mengerah  segala keupayaan untuk membantu sesama sendiri. Sehingga kini umat Islam P.Pinang tidak merancang apa-apa.Mereka sangat berpuas hati dan menyerahkan nasib kepada keadaan. Mereka tidak kisah dan sensitif dengan keterpinggiran dan menyerahkan nasib sepenuhnya kepada para pemimpin yang berkepentingan dan khianat.


Justeru nasib mereka menjadi malang. Bukan saja terpinggir tetapi telah dipinggirkan dengan sengaja sejak dari awal merdeka. Jadi bangkitlah dengan semangat baru keluar daripada kepompong dogma kebodohan kononnya UMNO menjamin ketuanan Melayu. 

Di manakah  di P.Pinang Melayu menjadi tuan.Selagi para pemimpin berlagak tuan mereka tidak ada masa untuk melayani rakyat.Contohilah Rasululllah walau pun kekasih Allah tetapi dalam perlakuannya selalu menyatakan dirinya  adalah hambaNya. Umat pun sentiasa dekat dan  terbela! 


Sifat kefeudalan para pemimpin UMNO sangat tebal. Mereka berpura-pura berjiwa rakyat untuk survival politik.Biasalah untuk menjadi pemimpin politik mesti pandai bermuka-muka menyembunyikan hakikat sebenar. 

PAS mesti tulin menjiwai rakyat dan menampakkan perbedaan yang ketara berbanding dengan gaya penampilan UMNO. PAS jangan sesekali menieu sifat-sifat UMNO dalam menangani nasib umat. 


Mengambil iktibar sebagaimana Rasulullah, sehingga hendak wafat pun sentiasa menyebut kalam umat-ku, umatku,umatku! 


Nilailah sendiri kebenaran slogan "Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan" Antara dakwaan dan kenyataan hakikatnya adakah rakyat dibela atau dihela ke sana ke mari!RAKYAT DAHAGA PEMBELAAN,MASA TELAH SAMPAI UNTUK MEMBUAT PERHITUNGAN PRU KE 13