Pages

Sunday, December 8, 2013

KAJIAN KELUARGA TERAWAL YANG MEMBUKA TELUK BAHANG



SEJAUH YANG DAPAT DIKESAN antara keluarga terawal yang membuka kampung Teluk Bahang ialah keluarga Tok Darus bin Salleh.Kajian yang mendalam akan membongkar tentang penemuan-penemuan baru. Misalnya di Teluk Duyung telah ada perkampungan yang terawal.Wujud tanah perkuburan di situ. Ini bukti kukuh menunjukkan adanya petempatan.

Begitu juga dengan tempat yang bernama Pantai Aceh. Diletakkan nama sempena pendaratan orang-orang Aceh di sana. Di Teluk Bahang ada tempat yang dinamakan Kampung  Teluk  Awak. Pada nama tertera maklumatnya yang terlakar. Mengapakah Teluk Awak ?Awak mengenalkan kita kepada suku kaum campuran di antara Melayu dengan Siam.

Sejarah sangat penting bagi kita. Ia menelusuri kebenaran iaitu apa yang berlaku sebelumnya.Ia memberi arah tentang keberadaan kita demi menghadapi masa depan. Malang bagi kita kerana  sejarah kampung dan asal-usulnya tidak direkodkan.Ia terpendam dalam pengalaman orang dahulu kala.Diperturunkan kepada anak cucu.Itu pun bagi yang mencari tahu dan ambil indah.Jika tidak sejarahnya akan terbenam dan hilang tanpa punca. 

Sekali lagi sejarah kita menjadi cerita yang ditokok tambah dan hilang kebenarannya. Makanya kita hilang hak dan segalanya. Berkemungkinan  menjadi bangsa yang bakal  menumpang di tanah air sendiri.

Halaman ini sedaya upaya ingin merekodkan secebis kisah dan sejarah yang sempat dirakamkan. Ingatan yang kekal pada orang yang masih hidup.Direkodkan daripada ingatan yang benar berdasarkan catatan  anak dan cucu leluhur yang terawal.

Seperi yang diberitakan DARUS BIN SALLEH adalah keturunan orang yang datang dari kawasan yang berdekatan dengan Perlis. Satu daerah yang bernama Pangaih.Ini menurut berita yang disampaikan oleh Pakcik Zahir yang berusia 70 tahun. Beliau mengenali keluarga Darus.Maklumatnya diambil daripada  bapak mertuanya yang bernama Pawanchik bin Jab atau Rejab. Pawanchik ialah cucu kepada Darus.

 Mereka datang ketika terjadinya pergolakan iaitu Perang di antara pihak Thai dengan orang-orang Islam di Selatan Thai. Tarikhnya ialah pada pertenghan abad yang ke 19 ,sekitar tahun 1850an. 

Salleh yang datang ke Teluk Bahang  menjadi peneroka tempat yang kini dikenali sebagai KELIAN. Tapak yang  dipenuhi bukit bukau yang landai. Kini telah menjadi kawasan yang dipenuhi dengan jirat atau perkuburan China. Bukti kawasan yang menjadi bukti kehadiran Salleh hingga kini ialah wujudnya tanah di pinggiran bukit yang didiami oleh keturunan Salleh.

SALLEH mempunyai beberapa orang anak. Di antaranya DARUS, HASHIM,  NAYAN, CHE AH dan YAHAYA atau TORIA.

SALASILAH KETURUNAN   SALLEH - MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK 

                                         SALLEH  DATANG DARI PANGAIH SELATAN THAI
                                 ANAK ANAK  SALLEH SETAKAT YANG DIKETAHUI 5 ORANG 

                    DARUS              HASHIM               NAYAN             CHE AH              YAHAYA (PAK SU TORIYA)                                                                                                                                                                                                                       CHE NAH            SALLEH                 OMAR                                       RODZIAH, PAK LONG SAIDIN

                    WAN SU             MAJID                  

                   RASHIDI               

kETURUNAN SALLEH YANG MASIH BERADA DI TANAH YANG DITEROKA OLEH BELIAU IALAH CICITNYA YANG BERNAMA AHMAD BIN OMAR BIN NAYAN BIN SALLEH.

BELIAU MEWARISI BAKAT KEPIMPINAN KELUARGANYA DENGAN MENJADI PENGHULU TELUK BAHANG . JAWATAN LAIN YANG DISANDANG IALAH KETUA UMNO CAWANGAN TELK AWAK.                                           

AHMAD OMAR PENGERUSI JKKK (P ) TELUK BAANG MENINGGAL DUNIA


YANG MULIA PENGERUSI JKKK (PERSEKUTUAN) KAWASAN TELUK BAHANG EN AHMAD BIN OMAR telah meninggal dunia kira -kira jam 6.30 pagi , hari Ahad 8 Disember 2013 bersamaan 5 Safar 1435 H di hospital P.Pinang. Sebelumnya  beliau ialah Ketua UMNO cawangan Teluk Awak juga Pengerusi JKKK Teluk Bahang sehingga tahun 2008.

Beliau meninggal ketika berusia 62 tahun(1951-2013) ialah ialah seorang kaki tangan Jabatan Hutan yang bersara pada tahun 2008. Antara rakan sekerjanya yang rapat ialah Encik Mohd Noor.

AHMAD OMAR 1

En. Ahmad seorang akitivitis UMNO  yang giat dan setia serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap masyarakat . Dengan penampilan yang mesra dan menarik ia amat dikenali ramai.Kehadirannya sangat terasa dalam majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.

Sebagai pemimpin dari segi penampilan dan hubungan awam beliau sangat berjaya menjalin silatur rahim di lingkungannya terutama dalam majlis-majlis sosial seperti upacara koran. Ia mengambil peranan yang penting. Contoh yang baik ini harus dijadikan model ikutan oleh para pemimpin pelapis yang baru.

Ahmad Omar 2

Di Teluk Bahang jawatan pengerusi JKKK diterima sebagai PENGHULU. Satu jawatan pengiktirafan masyarakat sebagai pemimpin utama di Teluk Bahang. Ada serentetan penghulu yang masyhur. Bermula dengan Penghulu Darus bin Salleh, Pak Su Toria atau Yahaya bin Salleh, Penghulu Bidin, Penghulu Khamis bin Kiman, Haji Hussein bin Awang, Penghulu Ahmad bin Omar dan kini Mohd Amin bin Nordin( Penghulu Zul).

Satu keistimewaan dan keunikan Ahmad bin Omar yang tidak ada  pada orang lain ialah minatnya untuk menternak kerbau.Ini adalah satu pekerjaan tradisi yang diperturunkan oleh keluarga beliau.Di samping itu ia mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang kesusasteraan di zaman mudanya.

Penghayatan yang tinggi terhadapnya menjadikan ucapannya menarik dengan bunga-bunga bahasa.Selamat tinggal untuk Yang Mulia Encik Ahamd bin Omar.Kehilanganmu sangat terasa. Semoga Allah sbh menempatnya di kalanagna orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal alamin.

Sunday, October 27, 2013

Lagu Sikit Beri Banyak Minta

P Ramlee dengan Nona Asiah


Petikan lagu-lagu Lama P.Ramlee dan Nona Asiah

Lagu Sikit Bagi Banyak Minta .Lagu yang diiringi pantun balas membalas di antara teruna dan dara .Gandingan antara P.Ramlee dengan Nonan Asiah





Versi asal lagu ini dinyayikan oleh Daing  Haris ( bapa mertua P.Ramlee)   denganNona Asiah



Friday, October 25, 2013

ALLAH MAKBULKAN DOA HAMBANNYA


Buta Kena Stroke, di Arafah Penglihatannya Kembali

OKAZ/SAUDI GAZETTE
Hidayatullah.com—Setelah 18 bulan hidup dalam kegelapan, seorang jamaah haji wanita asal Tunisia mendapatkan kembali penglihatannya ketika sedang berada di puncak haji di Padang Arafah.

Nafeesa al-Qurmazi, wanita 70 tahun ibu dari dua putra dan tiga putri, datang ke Tanah Suci Makkah dalam keadaan buta dan akan kembali ke tanah air dalam keadaan dapat melihat lagi.

Wanita tua itu tidak dapat melihat setelah diserang stroke sekitar satu setengah tahun silam. Para dokter yang menanganinya kehilangan asa penglihatannya bakal pulih, sebab serangan strokenya sangat berat dan usianya sudah lanjut.

“Saya tidak pernah putus asa dari rahmat Allah. Saya terus berdoa kepada-Nya setiap waktu agar mengembalikan penglihatan saya,” kata Nafeesa dikutip Saudi Gazette(20/10/2013) dari Okaz.

Nafeesa mengatakan, dia berniat untuk memperbanyak doa di Arafah dan yakin bahwa “Allah tidak akan mengecewakan saya.”

“Ketika saya berdoa di Arafah, tiba-tiba saya mulai dapat melihat kembali. Jamaah lain yang berada di dalam tenda saya melihat dan menangis gembira. Mereka semua meneriakkan 'Allahu Akbar'.”

Sejak dari Tunisia, Nafeesa al-Qurmazi berangkat dengan satu impian, yaitu melihat Dua Kota Suci Makkah dan Madinah.

“Alhamdulillah sekarang saya bisa melihat dan berjalan ke mana saja tanpa bantuan siapapun,” katanya.

Wanita itu mengaku sangat bahagia melihat jamaah haji di Arafah, sebuah pemandangan yang tidak disangkanya bisa menjadi kenyataan.

“Allah telah memberkahi saya dengan penglihatan dan tempat yang paling suci di dunia,”

Wednesday, September 18, 2013

Sunday, September 15, 2013

Teluk Bahang -Meneroka Sungai Teluk Bahang


 

Teluk Bahang adalah kawasan yang indah .Kawasan yang mempunyai bentuk alam yang unik

Ada laut yang membiru , pantai yang panjang lagi indah, pantai berbatu berbagai rupa bentuk,hutan tropika dekat dengan peisisr laut, ada sungai  , tumbuhan-tumbuhan, ikan dan burung  yang pelbagai spesis dll

Kazanah alam ini perlu dipelihara dan dipulihara, terutamannya sungai. Mari kita meninjau sungai-sungai yang masih wujud dan berfungsi di Teluk Bahang.Sedih ! Sungai-sungai teersebut kotor , berkeladak dan sedang menghadapi masa kritikal untuk terus hidup.

Amat malang jika sungai Teluk Bahang menjadi sungai yang nazak dan hampir mati.Nasib sebagaimana Sungai Pinang.Sungai yang terbesar di P.Pinang .Sungai yang dulu menjadi nadi utama perdagangan di P.Pinang.Sungai laluan sejarah.Sungai yang membawa para pedagang dari Nusantara ke P.Pinang.

SUNGAI TELUK BAHANG MASIH BOLEH DISELAMATKAN !

Friday, September 13, 2013

Petua awet muda kekal berseri walau pun tua




 


BONGKAR!!! Petua Tradisional Awet Muda [MESTI BACA...]

Seringkali kita terserempak dengan wanita atau lelaki yang kelihatan tua dari usia sebenar mereka. Kulit muka mereka kelihatan pucat dan tidak berseri. Cuba amalkan petua di bawah ini :

AIR DAUN PEGAGA.
Sediakan daun pegaga sebanyak 2 genggam. Bersih dan tumbukkannya sehingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air dan minum perahan air ini 2 atau 4 kali seminggu. Insyaallah tidak akan dimakan usia.

KHASIAT AIR KELAPA TUA
Cuba amalkan membasuh muka menggunakan air kelapa tua ini dan biarkan kering sendiri selama 10 hingga 15 minit. basuh dengan air bersih. Disamping mengawet muda wajah anda ia juga bertindak sebagai moisterizer. Insyaallah...

RAHSIA LENDIR DAUN LIDAH BUAYA.
Ambil 1 atau 2 pelepah basuh sehingga bersih kikis lendirnya dan masukkan ke dalam bedak sejuk. Gaul sampai rata dan sapukan ke wajah anda dengan rapi. Ulangi memakainya 2 kali sehari. Insyaallah pasti ada perubahannya.

KOBIS, MADU LEBAH PELEMBAB MUKA.
Ambil beberapa daun kobis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kobis dan gaulkan dengan madu lebah tersebut. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bersihkannya menggunakan kapas lembab dengan lembut. Insyaallah kulit muka anda akan sentiasa lembab dan tegang.

DAUN INAI PENAIK SERI.
Ambil segenggam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira 3 cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. Insyaallah wajah anda akan berseri.

KHASIAT KUNYIT MUDA.
Ambil kunyit muda yang segar, bersih dan potong nipis. Jadikannya ulam semasa anda makan nasi. Insyaallah wajah anda akan

Sunday, September 8, 2013

YB BARU DUN TELUK BAHANG TETAP MELAWAT KAWASAN WALAU KEHUJANAN !



YB baru Teluk Bahang YB Shah Headan dalam DUN P.Pinang  (2013-2018) setiap minggu ada sesi perjumpaan dengan penduduk .Beliau membuka pejabat di ruang kecil bangunan MPPP Teluk Bahang.Di sana bersama dengan kaki tangannya ia berjumpa dengan orang ramai minum pagi dan bertanya khabar .

Dalam masa yang sama beliau bertanyakan bentuk aduan rakyat di kawasannya untuk diselesaikan. Ada yang diselesaikan segera . Ada yang diminta tempoh  untuk  di atasi dengan kadar masa yang segera .Yang mendesak akan diberi keutamaan.

Baru -baru ini beliau mengunjungi rumah-rumah penduduk yang daif untuk diberi bantuan .Beliau bersamapara pembantu melawat walau pun kehujanan. Beliau melawat sebuah rumah yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan walau pun berandanya runtuh dan dapurnya hampir roboh.

Rumah tersebut dihuni oleh seorang jandaberusia 78 tahun, Wan Som bti Jab. Janda yang hidup bergantung dengan pencen suami RM 700/ dan terpaksa menangung 1 orang anak yang tidak bekerja dan 3 orang cucu .

Satu amalan baik YB baru ini beliau tetap  akan menjawap panggilan telepon dan membalas sms dengan kadar segera.YB Shah Headan sedang membuktikan dirinya sebagai YB sebenar  YANG BERKHIDMAT  untuk rakyat. Bolehkah PR mencabar kubu kuat BN ini ? 

 Ditambah dengan  kepimpinan yang peka  dan kualiti perkhidmatan yang terbaik ditawarkan kepada rakyat yang semakin cendekia  dan terbuka menilai keberkesanan.Disamping parti rakyat melihat kepada pemimpin dan kepimpinan  yang perkhidmatannya lekat di hati mereka.

YB Shahidan

Wednesday, August 21, 2013

PEMANDANGAN TELUK BAHANG DULU-DULU


TERSILAP TANDA TEMPAT INI SBENARNYA DI TELUK BAHANG BUKAN TANJONG TOKONG . DIAMBIL DARIPADA ALBUM PAK MAT JO PENJAGA LIGHT HOUSE MUKA HEAD  YANG NAMA SEBENARNYA TANJONG PUCAT MUKA

Monday, August 5, 2013

KENALI BUAH-BUAHAN TEMPATAN

MANA SATU RAMBUTAN APA BEZANNYA DENGAN PULASAN  DAN YANG MANA PULA BUAH REDAN


FOKUIS KEPADA BUAH REDAN 



ADAKAH POKOK-POKOK INI TERDAPAT DI TELUK BAHANG ?

JIKA TAK TERDAPAT KENAPAKAN TIDAK DITANAM DAN DIUSAHAKAN UNTUK MENARIK PERHATIAN  DENGAN MENJADIKAN TELUK BAHANG PUSAT KAZANAH ALAM YANG KAYA SERBA-SERBINYA. 

DEMI MENGGAMBARKAN WAJAH SEBENAR MALAYSIA. ADA KAWASAN PERBANDARAN DAN ADA KAWASAN PERDESAAN.  

Pokok Redan

Maklumat mengenai Pokok Redan


Pokok Redan ialah salah satu daripada 25 spesies tumbuhan berbunga dalam famili Sapindaceae yang berasal dari Asia Tenggara. Antara pokok lain yang berkait dengan Pokok Redan ialah Pokok Rambutan dan Pokok Pulasan. Nama botaninya Nephelium glabrum Noronh.




RAMBUTAN, pulasan dan mata kucing daripada famili Sapindaceae memang buah-buahan yang dikenali ramai. Bagaimanapun, banyak lagi spesies liar dalam famili Sapindaceae yang buahnya boleh dimakan, tetapi tidak begitu diketahui ramai.

Beberapa spesies menghasilkan buah yang enak dan digemari kanak-kanak, burung dan tupai. Pokok sebilangan spesies ini amat menarik dan boleh dijadikan unsur seni taman atau pohon teduhan.

Spesies yang wujud di Semenanjung Malaysia ialah redan, rambutan pacat, kelat layu, ceri Terengganu, gegelek, kasai, matua, lotong dan tengkuk biawak hidup liar di hutan. Pokok kasai kebanyakannya hidup liar, tetapi kini dimanfaatkan sebagai tanaman lebuh dan pohon teduhan bagi menghiasi dan menambah seri bandar raya Kuala Lumpur.

Beberapa spesies buah dalam famili ini wujud di Sabah dan Sarawak. Antara buah yang menarik di sana ialah tiga jenis mata kucing iaitu sau, isau dan kakus yang unik dan berbeza daripada yang ada di Semenanjung.

Bagi pokok redan, misalnya yang muda mempunyai kanopi berbentuk bulat diserikan dengan gugusan buah merah. Pokoknya sederhana tinggi dan berbanir kecil. Buah redan masam manis dan enak rasanya. Namun, potensinya belum diketahui. Daunnya jenis majmuk dan mempunyai satu hingga dua pasang anak daun. Tepi permukaan atas anak daun melengkung sedikit. Permukaan bawah daun berdebu halus. Buah redan kecil dan berbentuk bujur panjang.

Kulitnya merah cerah, menarik dan berkedut, tetapi tidak berbulu. Isinya putih dan lutsinar. Di Sabah dan Sarawak, wujud buah seakan-akan redan dan disebut serait, dijual di pasar tamu apabila tiba musimnya.

Pokok redan jarang ditanam dan kini jarang ditemui. Biasanya pokok ini hidup liar di pinggir hutan atau dalam hutan. Usaha perlu dilakukan bagi menanam pokok ini sebagai pokok teduhan, sekali gus menghalang kepupusannya.

Buah rambutan pacat pula seakan-akan buah redan, tetapi warnanya kuning. Kulit luarnya berbonggol-bonggol kecil. Walaupun nipis, isinya berwarna perang muda itu manis dan berjus. Pokoknya sederhana besar dan hidup liar di hutan.

Di Melaka dan Johor, pokok ini disebut kelat layu mungkin kerana rasa buahnya yang kelat manis dan daunnya melentur seakan-akan layu. Namun, di Utara Semenanjung dan Pantai Timur ia dinamakan mertajam.

Daya tarikan pokok ini terletak pada buah dan kanopinya. Buahnya didapati bergugus-gugus di hujung ranting. Jambak buah padat dengan buah yang kecil dan berwarna-warni apabila hampir matang. Warna ini terjadi apabila buah muda berwarna hijau bertukar menjadi jingga kemudian merah.

Buahnya berwarna ungu atau hitam apabila matang sepenuhnya. Setiap jambak mempunyai buah pada peringkat kematangan berbeza. Isi buah nipis, agak kering dan kelat-kelat manis rasanya.

Pokok kelat layu cukup menarik kerana kanopinya yang bulat, padat dan rendang. Pokok ini sering kali dimanfaatkan sebagai pokok teduhan, terutama di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Pokok ini juga sesuai dijadikan unsur seni tanam atau ditanam berbaris-baris di tepi jalan sebagai tanaman lebuh.
Ciri yang menarik pada pokok ceri terengganu ialah pokok dan buahnya. Kanopinya kecil, rendang dan bulat. Daunnya jenis majmuk pinat dengan beberapa pasang anak daun yang lancip dan bersayap. Kecantikan pokok ini diserikan lagi pucuknya yang lembut melentur dan berwarna ungu muda.

Buah ceri terengganu bergugus-gugus seperti buah anggur. Kulitnya amat menarik seperti buah ceri, merah cerah, licin dan berkilat. Buah ini bergantungan pada dahan dan ranting kecil. Walaupun rasa buahnya manis, isinya nipis dan bijinya besar.

Pokok ceri ini banyak ditanam di Terengganu dan Johor. Di Johor, buah ini disebut kelelek atau gegelek. Kedua-dua spesies ini sangat sesuai ditanam sebagai unsur seni taman dan pokok teduhan di taman, sekitar rumah, sekolah atau surau dan tempat awam yang lain.

Dua batang pokok ini wujud di pekarangan masjid Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.
Bentuk pokok kasai pula cantik dan menarik, dihiasi pucuk berwarna merah cerah. Kini pokok ini banyak ditanam sebagai tanaman lebuh bagi menghiasi landskap sekitar bandar raya Kuala Lumpur dan taman rekreasi.

Kanopinya sederhana besar, daunnya jenis majmuk pinat yang terdiri daripada tiga hingga lapan pasang anak daun. Buah kasai kecil dan berbentuk bujur panjang. Kulitnya rapuh dan berwarna hitam berdebu. Isinya nipis, lutsinar dan manis. Pokok kasai hidup liar di tepi sungai dan hutan. Ia mudah dikenali daripada jarak jauh kerana pucuknya merah.

Pokok yang seakan-akan kasai disebut matua. Pokok berasal dari Irian Barat (Indonesia) ini baru saja diperkenalkan di Malaysia. Buahnya seperti mata kucing atau longan. Isinya tebal dan rasanya manis. Di tempat asalnya, wujud beberapa jenis matua yang berbeza-beza, walaupun pokok ini masih hidup dalam keadaan liar.

Kebanyakan pokok lotong hidup liar di hutan. Pokoknya kira-kira 25 meter tinggi dengan kanopi yang sederhana besar. Anak daunnya besar dan melentur. Buahnya kira-kira lima sentimeter panjang. Kulitnya berwarna merah tua, diselaputi bulu tebal lembut yang melentur di hujung.

Isinya putih, lutsinar dan tidak lekang. Rasanya sangat manis dan berjus. Di Borneo, ada buah dalam spesies sama, dikenali rambutan gergasi.

Selain ditanam di Semenanjung Malaysia, pokok mata kucing juga wujud di Sarawak dan Sabah. Di Sarawak, pokok ini dikenali guring. Selain guring, ada tiga jenis mata kucing lagi yang agak berbeza daripada mata kucing yang wujud di Semenanjung.

Perbezaan utama ialah kulit buah yang mempunyai titik timbul yang lembut dan tumpul. Di kalangan penduduk tempatan, jenis buah ini disebut isau, sau dan kakus. Di Sarawak, semua jenis mata kucing ini wujud di sepanjang Sungai Rejang di Bahagian Sibu dan Kapit, iaitu dari Kanowit, Song, Kapit hingga ke Belaga.

Semua jenis mata kucing ini tergolong dalam spesies sama. Perbezaan utama ialah ciri buah. Isau – buah berbentuk bulat dan kulitnya berwarna hijau hingga buah masak. Sau – buah berbentuk bujur sedikit dan berwarna hijau hingga masak, manakala kakus, buah berbentuk bulat dan berwarna hijau, tetapi bertukar menjadi perang selepas masak.

Buah isau dan mata kucing umumnya lebih kecil daripada sau, manakala kakus mempunyai saiz yang pertengahan, iaitu antara isau dan sau. Isi buah isau lebih tebal dan manis daripada sau, kakus dan mata kucing.

Pokok tengkuk biawak hidup liar di hutan negeri Pahang, Perak dan Pulau Pinang. Buahnya lebih besar daripada rambutan pacat. Kulitnya berwarna ungu dan berbonggol-bonggol kecil. Isinya putih, lutsinar dan berjus. Rasanya masam manis dan harum baunya.

Kini usaha sedang dibuat untuk mengumpul semua spesies unik ini, iaitu khazanah yang tidak ternilai bagi negara ini. Usaha juga sedang dibuat untuk memperkenalkan spesies ini kepada orang ramai menerusi maklumat yang ditulis dan disebar.

‘Tak kenal maka tak cinta’, begitulah kata pepatah Melayu. Semua maklumat begini menambah kesedaran orang ramai mengenai kewujudan spesies buah-buahan nadir dan liar ini.

Tuesday, July 16, 2013

DIMANAKAH KEDUDUKAN SOSIO EKNOMI MELAYU DAN MENGAPA KAH MEREKA MISKIN ?

Tuesday, 16 July 2013

UMNO Baruputra: Melayu itu dan Melayu ini, rakyat juga yang ketinggalan



Isu ini terus dimainkan oleh UMNO. Kalau UMNO tewas maka masa depan orang Melayu akan musnah. Oleh yang demikian, orang Melayu mesti terus menyokong UMNO. Tapi untuk tujuan apa? Supaya mereka yang kita beri kuasa boleh terus mengayakan golongan UMNO Baruputra? Keadaan rakyat Melayu ketinggalan dibelakang. UMNO menjerit sana sini mengenai Melayu itu dan ini. Tapi yang merasai nikmat dari kuasa politik yang rakyat beri ialah putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, putera dan puteri kroni UMNO dan putera pegawai tinggi kerajaan.
Perkara ini saya dengar juga selama saya berada dalam persidangan dewan rakyat. Teriakan Melayu itu dan Melayu ini lantang kita dengar. Kadang2 dalam nada yang bellicose dan mengajak kita bergaduh.
Yang berteriak Melayu ini dan Melayu itu lupa bahawa lebih ramai orang Melayu menolak mereka. Dari jumlah 11.23juta yang keluar mengundi, jumlah Melayu ialah 65% atau 7.3 juta.
UMNO dan BN mendapat 3.4juta undi Melayu. Ini bererti 3.9 juta orang Melayu menolak BN berbanding dengan 3.4 juta. UMNO sendiri secara keseluruhan mendapat 3.2 juta undi yakni sama dengan jumlah ahli UMNO.
Maka yang menjerit melayuitu dan ini, menjerit atas otoriti apa? Majority Melayu tidak bersama kamu.
Kita nak tanya, apa parti Melayu yang terbesar lakukan selama mereka perintah. Sejak 1955 hingga hari ini, yang perintah kerajaan persekutuan ialah perikatan dan BN yang dikepalai oleh UMNO.
Pendapatan purata orang kampong yang majority nya Melayu sekitar RM3000 sebulan. Ini angka purata. Dalam kawasan saya Raub, saya tidak tahu bagaimana sebahagian besar rakyat Melayu mencari pendpatan. Mereka hanya berkerja kampong atau makan gaji sebagai buruh menorah getah. Dengan harga getah yang amat rendah keluaga Melayu yang hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM200 sebulan pun ramai?
Maka pendapatan purata RM3000 sebulan tidak bererti apa apa kepada orang Melayu. Sebahagian besar berada diluar linkungan pendapatan purata ini. Tapi, kebetulan itulah dianya tahap kelayakan menerima BR1M. maka BR1M sebetulnya pengesahan bahawa orang Melayu miskin selama berada dalam pemerintahan UMNO.
Pendapatan purata orang Melayu 70% dan 85% dari pendapatan purata Cina dan India. Ini bemakna, yang paling miskin ialah Melayu. Setelah berbilion dibelanjakan dan setelah puluhan dasar dijalankan. Setelah puluhan tahun memerintah, 7.2 juta Melayu berpendapatn kurang dan RM1700. 8.7 juta dengan pendapatan RM1500. Pekali gini atau gini coefficient Melayu sekitar 0.421 dikalangan Melayu menunjukkan perbezaaan pendapatan antara kaya dan miskin Melayu masih meluas walaupun sudah diperbaiki semenjak 2009. Pekali untuk Malaysia ialah 0.431. sehingga 2012, incidence of poverty dikalangan Melayu yakni peratusan Melayu yang jatuh dibawah garis kemiskinan ialah 2.2% .
Saya mengajak pembaca Melayu merenung perkara ini. Yang menerpa kepada kita memohon bantuan kebajikan ialah Melayu. Yang menerjah kita apabila ada malapetaka dan bencana alam ialah Melayu. Yang memohon bantuan kewangan untuk ke hospital untuk  mendapaat rawatan khusus dan memerlukan wang nak hantar sekolah ialah Melayu. Jika mak dan bapa bermula sebagai penerima bantuan JKM, anak pun sama mewarisi status ini. Bahkan untuk bayar rumah dan bil api pun yang datang memohon pertolongan ialah orang Melayu.
Yang meraung tidak dapat hak milik tanah yang diusahakan 30-40 tahun ialah Melayu. Jadi, melayu yang macam mana BN tolong?
UMNO tolong UMNO Baruputra. Ketua eksekutif yang bergaji 400 ribu keatas dan 1.2 juta sebulan? Malah ada yang jadi menteri , tahun lepas mendapat gaji dan emolument RM6-7 juta. Melayu jenis ini tidak kisah tak dapat hak milik, tak tahu pun apa jkm, tak tahu perasaan ditimpa bencana alam, tak peka hidup dalam gerobok usang, tidak tertekan mahu menyegolahkan anak dan sebagainya.
Jadi jeritan Melayu itu dan ini yang berkumandang dalam dewan rakyat selama saya bersidang hanya hipokrasi hendak menunjuk2 si penjerit menjuarai kepentingan Melayu. Bagaimana teriakan yang kuat menyelesaikan masaalah kemiskinan dan keterbelakangan Melayu?
Jeritan bukan ganti kepada integriti, tataselia yang baik, kerajaan yang bersih dan cekap, pematuhan kepada pemerintahan ikut undang2 dan akauntabiliti. Jeritan dan pekikan bukan ganti kepada dasar yang jujur dan ikhlas.

PENGHULU TERAWAL TELUK BAHANG

HASIL DARIPADA PERTANYAAN KEPADA PARA PENDUDUK ASAL TELAUK BAHANG DITEMUI NAMA-NAMA YANG BERIKUT :


ANTARA NAMA YANG DIBERI SEBAGAI PENGHULU TERAWALNYA IALAH :

DARUS  BIN SALLEH

PAKSU TORIA ATAU NAMA SEBENARNYA YAHAYA @ ZAKARIA BIN SALLEH

PENGHULU BIDIN

PENGHULU KHAMIS BIN KIMAN

HAJI HUSSEIN BIN AWANG

AHMAD BIN OMAR


SEKARANG JAWATAN PENGHULU TIDAK WUJUD  LAGI DIGANTIKAN DENGAN NAMA PENGERUSI JKKK .JAWATAN INI DIPANGKU KINI OLEH ENCIK ZULKIFLI BIN  MOHD AMIN

GERBANG TELUK BAHANG INFO MENELUSURI MASA KINI DAN GAMBARAN MASA DEPANNYA

BERMULA DENGAN SEJARAHNYA  DARIPADA MANA TIMBUL NAMA TELAK  BAHANG



Orang Melayu sangat kreatif dalam menamakan tempat. Tempat yang dinamai sesuai dengan keadaan geografinya. Geografi Melayu mengenali TANJONG, PERMATANG,  BAGAN, ALOR, KUALA, HULU, TELUK dsbnya.

TELUK dikenal pasti daripada kawasan yang bergelehok atau masuk ke dalam.Lawannya ialah TANJONG.

Melihat rupa bentuk mukabuminya TELUK BAHANG terletak di kawasan yang melengkong ke dalam. Gambaran dari atas bukit akan menunjukkan bentuknya.

Teluk ini pula dipancari cahaya matahari yang sangat terik sehingga menjadikan kawasan yang panas memabakar. Maka orang tua-tua kita menamakannya Teluk Bahang.

Berjiran dengannya ialah BATU FERINGHI

Di Teluk Bahang terdapat banyak kampung.Di antaranya kampung Nelayan, Kampung Teluk Awak, Kampung Bangsal Rawai, Kampung Keling ( telah lenyap kini tapak Penang Mutiara), Kampung  Kelian

 


Peta tempat-tempat yang berada di sekitar Teluk Bahang 

HARGA AYAM DI BALIK PULAU MELAMBONG

Hadiah PRU13: Harga ayam RM10 sekilogram.....!!!
 
YB DATUK DR HELMI HJ YAHAYA AHLI PARLIMEN BALIK PULAU


BALIK PULAU - Penduduk di bandar ini terpaksa membeli ayam dengan harga RM10 sekilogram iaitu paling tinggi setakat ini berbanding kawasan lain di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.
Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, harga ayam yang terlampau tinggi itu membebankan penduduk di situ yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

"Saya tidak pasti kenaikan mendadak itu disebabkan peniaga cuba memanipulasi harga ayam untuk mengaut keuntungan berganda atau kos pengangkutan meningkat berikutan Balik Pulau terletak agak jauh dari bandar.

"Bagaimanapun, dengan harga ayam RM10 sekilogram, ia sudah pasti di luar kemampuan penduduk," katanya.

Wednesday, June 12, 2013

TELUK BAHANG BERPOTENSI MENJADI TEMPAT TUMBUHAN PERUBATAN

Antara pokok yang berpotensi menjadi tumbuhan perubatan yang terkenal ialah buah nona durian atau biasa disebut durian belanda , buah rumunggai, buah mentega atau avocado, buah keriang, manggis, berbagai jenis pisang, herba da sebagainya.Teluk Bahang yang muka bumi yang berbukit bukau sangat sesuai menjadi hub pengeluaran buah-buhan.

Saksikan keunikan buah durian belanda menurut kaca mata perubatan.


Friday, April 26, 2013

PERGOLAKAN DALAM PKR BALIK PUAU MENJELANG PRU KLE 13

 

BREAKING NEWS: Pengundi Teluk Bahang Halau Calon PKR Balik Pulau

 


Kejadian kecoh di Pasar Awam Balik   Pulau Pinang. Calon Parlimen PKR dengan calon DUN Teluk Bahang-BAKTHIAR dan Dato Abd Halim Hussein semasa membuat lawatan kempen di sana supaya rakyat melayu sokong Lim Guan Eng dlm PRU ni TERKEJUT BESAR. 
 
MEREKA   bertembung dengan seorang cikgu yang agak terkenal di Balik Pulau apabila cikgu itu secara tiba-tiba di katakan MEM BRAIN WASH otak-otak pengikut-pengikut PKR kerana diperli menjadi balaci umno tegar walhal cikgu inilah yang mengkempen pada 2008 agar melayu bertukar arah dari umno ke PKR.

Cikgu itu secara lantang MENUNTUT penjelasan tentang apa yang berlaku selama 5 tahun kepada nasib melayu Pulau Pinang semasa melayu menyerahkan nasib mereka pada PKR semasa 2008 hingga 2013. Habis kesemua delegasi PKR Balik Pulau seramai hampair 60 orang itu mati kutu, hilang taring dan tumpul kuku bila berdepan dengan cikgu ni. Dasyat!

Acara yang bermula jam 10 pagi itu sepatutnya dijalankan selama 2 jam harus berada di lokasi itu disingkatkan akibat kena KERIAU dan satu MARKET tu dapat dengar suara cikgu tu BAGAI PETIR HALILINTAR MENERKAM BUMI menghentam Abd Halim Hussein dan Bakhtiar yang mana satu rakyat pun tak kenal kecuali kroni-kroni PKR. 

Maka acara itu ditamatkan awal iaitu sekitar 40 minit sahaja kerana orang-orang PKR MALU BESAR. 

PENGUNDI BALIK PULAU TOLAK PKR!!!

Terima kasih Persatuan Mukabuku Pulau Pinang