Pages

Tuesday, March 12, 2013

POTENSI PERNIAGAAN DI TELUK BAHANG



Mari meninjau peluang perniagaan di Teluk Bahang .Banyak perniagaan yang tumbuh. Dari restoran yang menyediakan berbagai hidang dan menu sehingga ke homestay, bot pelancong  dan khidmat membawa pelancong. 

Soalnya bolehkah ia dipromosikan sehingga dapat menggamit dan meninggalkan kesan kepada para pengunjung. Teluk Bahang kaya dengan makanan tradisi,kuih muih dan bekalan ikan segar. Semua potensi ini perlu digarap dengan sempurna agar memberi pulangan kepada para peniaga.

TELUK BAHANG DAN ALAM SEKITAR

TELUK BAHANG kaya dengan potensi alam sekitar yang indah. Ia miliki pantai yang berteluk dan memanjang.Putih bersih dengan butiran pasir nan bak m ujtiara .

Air laut yang membiru. Kaya dengan ikan dan hidupan laut Ada desiran air terjun .Punyai bukit bukau yang menghijau. Juga memiliki beberapa jaluran sungai.Malangnya sungai-sungai tersebut telah tercemar .

THE ACTIVIST IS NOT THE MAN WHO SAYS THE RIVER IS DIRTY , THE ACTIVIST IS THE MAN CLEANS UP THE RIVER

Jadi sesuatu perlu dilakukan demi kelestarian alam sekitar yang bersih.Ini termasuk dalam rangka pembangunan !

GERBANG TELUK BAHANG AKTIF SEMULA


GERBANG TELUK BAHANG adalah sebuah blog yang akan meliput berita tentang perkembangan Teluk Bahang. Ia memberi tumpuan untuk melakar semula  pekan ini dengan "pemodenan". Dengan perkataan lain pembangunan yang mapan -berterusan. Pembangunan seimbang yang menguntungkan kerajaan, swasta dan rakyat jelata. Tidak dinafikan Teluk Bahang bakal menjadi  sebuah pusat pertumbuhan baru  menjelang  2013 hingga ke 2020.

Selepas Batu Feringhi pembangunan akan melempah ke pekan ini. Soalnya adakah Teluk Bahang telah bersedia ? Siapakah pemimpin yang bakal menerajui dan menjana perubahan tersebut ? Ia tidak boleh dibiarkan kepada pihak swasta semata-mata. Ekonomi wajib dikonghsi bersama. Dasar membiarkan swasta  untuk menjarah kekayaan bumi dan alam menerusi dasar penswastaan dan pengkorpratan yang rakus telah berlalu. Bagaimana dengan penyertaan penduduk tempatan. Sehingga kini masih belum ada perancangan.Ekonomi untuk Rakyat yang perlu dirancakkan supaya keluar daripada zon lesu dan berpada yang apa yang ada.

Soalnya adakah rakyat tempatan telah bersedia? Adakah mereka diberi peluang untuk melakar perubahan ? Semua soalan ini tidak ada siapa pun akan menjawapnya. Kita sebagai rakyat mesti celik untuk meneroka peluang dan membina masa depan. Pembangunan tidak akan menjelma dan berpihak kepada kita selagi kita hanya menunggu peluang terbuka.Kita harus merebut sesuatu yang menjadi hak kita dengan berani tetapi beretika.

Ini adalah gambaran pekan Teluk Bahang masa kini :