Pages

Tuesday, March 12, 2013

GERBANG TELUK BAHANG AKTIF SEMULA


GERBANG TELUK BAHANG adalah sebuah blog yang akan meliput berita tentang perkembangan Teluk Bahang. Ia memberi tumpuan untuk melakar semula  pekan ini dengan "pemodenan". Dengan perkataan lain pembangunan yang mapan -berterusan. Pembangunan seimbang yang menguntungkan kerajaan, swasta dan rakyat jelata. Tidak dinafikan Teluk Bahang bakal menjadi  sebuah pusat pertumbuhan baru  menjelang  2013 hingga ke 2020.

Selepas Batu Feringhi pembangunan akan melempah ke pekan ini. Soalnya adakah Teluk Bahang telah bersedia ? Siapakah pemimpin yang bakal menerajui dan menjana perubahan tersebut ? Ia tidak boleh dibiarkan kepada pihak swasta semata-mata. Ekonomi wajib dikonghsi bersama. Dasar membiarkan swasta  untuk menjarah kekayaan bumi dan alam menerusi dasar penswastaan dan pengkorpratan yang rakus telah berlalu. Bagaimana dengan penyertaan penduduk tempatan. Sehingga kini masih belum ada perancangan.Ekonomi untuk Rakyat yang perlu dirancakkan supaya keluar daripada zon lesu dan berpada yang apa yang ada.

Soalnya adakah rakyat tempatan telah bersedia? Adakah mereka diberi peluang untuk melakar perubahan ? Semua soalan ini tidak ada siapa pun akan menjawapnya. Kita sebagai rakyat mesti celik untuk meneroka peluang dan membina masa depan. Pembangunan tidak akan menjelma dan berpihak kepada kita selagi kita hanya menunggu peluang terbuka.Kita harus merebut sesuatu yang menjadi hak kita dengan berani tetapi beretika.

Ini adalah gambaran pekan Teluk Bahang masa kini :

No comments:

Post a Comment