Pages

Thursday, April 18, 2013

CALON PKR DUN TELUK BAHANG DAN PULAU BETONG BELUM MUKTAMAT


BAKAL BERHADAPAN DENGAN CALON BERWIBAWA UMNO BARISAN NASIONALMy Photo


UMNO memang terkenal dengan sikap mengutamakan kelompok dalam pemilihan parti. Biasanya calon dipilih daripada orang yang sebulu dengan pemimpin. Sikap itu terbawa-bawa hingga  menjelang pilihanraya umum ke 13. 

Kejadian di DUN Johol, N.Sembilan menunjukkan calon yang dipilih MB Mohamad Hassan ditolak dan dibantah oleh orang UMNO sendiri secara beramai-ramai. Begitu juga dengan insiden di Parlimen Tasik Gelugor. Mereka mengangkat sepanduk membantah calon yang ditentukan pihak atasan tanpa mempertimbangkan calon yang popular di peringkat bawahan

Calon pilihan mereka yang menjadi Ketua Bahagian kini yang telah berkorban denga memberi laluan kepada MP sebelumnya  tidak diterima. Akibatnya mereka ramai-ramai membantah. Kejadian ini merebak di banyak tempat.Penyakit yang sama sedang berjangkit di kalangan PKR seperti yang telah berlaku di Balik Pulau . 

PKR harus mengambil pengajaran daripada penyakit yang tidak dapat diubati di dalam UMNO. Sikap mengutamakan kelompok akan memudaratkan parti pada jangka panjang . Barisan parti wajar diperkukuhkan dengan kesanggupan untuk  menerima  calon berwibawa  yang benar-benar boleh menang. Interaksinya dengan masayarakat nyata terbukti dan disenangi.

 12ZahryShaikh

Calon yang membuktikan kesungguhan dan pengorbanan sejak dari awal  walau ia bukan daripada kelompok atau individu yang kita sukai. Sikap  tidak menyenangi calon yang berwibawa kerana kelebihan yang ketara hendaklah dihindari. Ini adalah penyakit UMNO yang suka membunuh pemimpin yang baik.

No comments:

Post a Comment