Pages

Monday, April 1, 2013

GERBANG TELUK BAHANG 1 APRIL 2013 MENJENGAH DENGAN BERITA TERBARU

PEMBANGUNAN TELUK  BAHANG BANDAR REKREASI                                          





 SR Profesor Azhari Shaikh Abdul Rahman Ahli Majlis Perbandaran P.Pinang



TELUK BAHANG SEBUAH PERKAMPUNGAN  NELAYAN TRADISI  yang terkenal sehingga kini. Ia sama seperti Teluk Kumbar  adalah antara kampung nelayan yang dihimpit pembangunan komersial. Harga tanah melambung tinggi.

Banyak kampung yang telah hilang seperti sebahagian besar Kelawai, Balik Batu, Jalan Hatin, Kampung Manggis, Titi Papan, Tarik Air, Padang Garam, Leboh Aceh, Hutan Mayat, Kampung Che Long dan banyak lagi.  

Antara kampung-kampung Melayu yang hampir hilang ialah Batu Uban, Sungai Nibung, Jelutong, Bagan Jermal,Tanjong Bunga , Batu Feringhi dan kini Teluk Bahang. 

Justeru Prof Azhari Shaikh Abdul Rahman ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang  mencadangkan Teluk Bahang dijadikan Bandar Reakreasi. Pembangunannya  jangan menumpu kepada pembangunan mewah yang memakan kawasan yang luas untuk golongan mewah membeli hartanah. 

Pembangunannya dirangka dengan membuat apartmen bagi para pelancong tinggal sementara. Tanah-tanah yang sedia ada dibangunkan untuk kediaman rakyat dan projek pembangunan yang boleh mendatangkan pulangan kepada ekonomi rakyat




No comments:

Post a Comment