Pages

Friday, April 12, 2013

LIPUTAN PRU KE 13 UNTUK ANDA PRU KE 13 TELAH TIBA PILIHAN DI TANGAN ANDA


SITUASI PRU KE 13 USAHA MEMECAH MONOPOLI – RAKYAT LAWAN NINGRAT


CALON PARLIMEN PR  BALIK PULAU SAUDARA BAKHTIAR WANCHIK ketika menyampaikan ucapan memperkenalkan diri di Teluk Bahang pada Sabtu 12 April 2013 sebagai calon PRU ke 13  menyatakan berdasarkan analisis beliau bahawa :
Pertarungan kini bukan di antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat tetapi di antara BN dengan kebangkitan rakyat.Rakyat bukan sahaja tidak puas hati malahan menolak dasar-dasar BN yang menzalimi rakyat .Dasar-dasar BN yang membebankan rakyat dengan berbagai bebanan cukai, charge dan kutipan.
Kesimpulannya rakyat menuntut perubahan menerusi dasar-dasar baru yang lebih telus,  seimbang dan bertimbang rasa.
Mengapakah ini semua berlaku. Jawapannya kerana ekonomi kita tidak  bersifat terbuka. Wujud monopoli dalam punca-punca ekonomi kita  terutama sumber asli negara kita yang dikawal oleh pihak-pihak tertentu secara rakus dan mulak.
Sebab itu polisi yang dibuat  terarah untuk tunduk kepada syarikat-syarikat multinasional yang dikendali oleh beberapa nama besar  seperti Syed Mokhtar Al Bukhari, YTL , Ananda Krishnan dsbnya.
Kadang-kadang keputusan yang pelik dibuat. Kontrek Petronas Syarikat Nasional kita yang selama ini membekalkan minyak kepada MAS dihentikan untuk diberi kepada Syarikat Baru iaitu PETRON. Adakah orang yang ada kepntingan dalam PETRONAS boleh membuat keputusan yang merugikan PETRONAS .
Begitu juga dengan TOL. Kerajaan terikat dengan PLUS untuk membayar pampasan sekiranya TOL tidak dinaikkan atas permintaan PLUS untuk satu jangka masa yang ditetapkan. Akibatnya TOL terpaksa dinaikkan secara berterusan.
Implikasinya pengguna iaitu rakyat menanggung beban yang berterusan.TOL mahal ,letrik mahal, harga gula dinaikkan, harga barang makanan naik menggila harga rumah dan bahan binaan usah dikatakan lagi!.Hampir tidak ada kawalan lagi untuk mengimbanginya.
Dalam hierarki kekuasaan kerajaan yang diwakili dan kuasa rakyatlah yang tertinggi bukannya syarikat .Namun dalam realiti ia tidak begitu. Kerajan terpaksa tunduk kepada kehendak korporat.
Oleh itu usaha memecah monopoli ini hanya satu iaitu kuasa para  elit penguasa yang rakus iaitu para NINGRAT DI PENTAS KUASA wajar dikurangkan atau ditolak. Mereka harus diimbangi dengan kuasa yang pro  rakyat .
Itu pun  jika rakyat faham dengan amalan dan perjalanaan sistem ekonomi kini.  Penguasaan ekonomi yang  bersifat monopoli tanpa diimbangi dengan  dasar-dasar yang yang lebih telus dan terbuka yang bersifat kerakyatan.
PRU bukan sekadar pengesahan terhadap ketuanan tertentu tetapi reformasi perubahan untuk keadilan.  Agihan ekonomi untuk semua  rakyat Malaysia.Ia boleh dilakukan menerusi peti undi dengan menyokong transformasi yang tulin bukannya transformasi buatan yang bersifat propaganda .
Dasar -dasar yang bersifat gimik “gula-gula pilihanraya” dan sementara.  Silau dan manis untuk jangka pendek Pada jangka panjangnya rakyat akan menderita. Selamat mengundi demi perubahan yang sebenar.
KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT  PERUBAHAN  MEMBAWA KEBERKATAN

No comments:

Post a Comment