Pages

Monday, April 1, 2013

Pada 1 April 2013 GERBANG TELUK BAHANG menjengah semula !

GERBANG TELUK BAHANG - MELIPUTI BERITA TELUK BAHANG



Gerbang Teluk Bahang Blog yang diwujudkan untuk melapor gerak nadi pembangunan dan arus perkembangan Teluk Bahang. Pekan Teluk Bahang sedang menyaksikan pembangunan terhebat selepas Batu Feringhi. 

Batu Feringhi adalah bandar pelancongan yang tidak terancang. Dibangunkan secara tergesa-gesa di kirti kanan jalan dan kawasan tepian pantai pada tahun 1970an dan 1980an. .Pembangunannya  mengutamakan para pelancong dari luar. Hotel-hotel dibina rapat dengan pantai. Ini  menyebabkan tidak ada ruang pantai untuk rakyat. Hotel-hotel mewah dibina dengan banyak. Rakyat dalam negara tidak mampu untuk menyewa hotel-hotel mewah  di sini.

Diharap lempahan pembangunan Teluk Bahang akan menguntungkan rakyat ! Kini memang Teluk Bahang menjadi tempat kunjungan yang popular khusunya kepada para pelancong dalam negara duhujung minggu. Pelancong dan para pengunjung dalam negara juga boleh menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.Bukan semata-mata pelancong luar. Justeru perlu banyak hotel, chalet, homestay dan rumah-rmah rehat dibina di Teluk Bahang. 
 


SELAMA INI PEMBANGUNAN YANG BERLAKU  DI P.PINANG TIDAK BANYAK MEMBAWA MANFAAT UNTUK RAKYAT. RAKYAT HANYA BOLEH BEKERJA SAHAJA.TIDAK MAMPU UNTUK MEMBELI HARTANAH IAITU RUMAH YANG TERMAMPU DENGAN  KADAR PENDAPATAN  MEREKA. APA GUNA PEMBANGUNAN SEKIRANYA RAKYAT TIDAK DAPAT MENYERTAINYA SEBAGAIMANA YANG BERLAKU KINI ! 

LIHAT APA YANG BERLAKU DI KELAWAI, BAGAN JERMAL ,  TANJONG TOKONG  , TANJONG BUNGA DAN BATU FERINGHI.LEBIH KETARA DI TANJONG TOKONG.KAWASAN RECLAIMATION/TEBUS GUNA LAUT DIBOLOT OLEH SWASTA KESELURUHANNYA.APA TIDAKKAH ADA BAHAGIAN KERAJAAN . BEGITU JUGA DENGAN PEMBANGUNAN THE LIGHT DI GELUGOR. PEMBANGUNAN MEWAH YANG HEBAT MENJADIKAN RAKYAT HANYA PENONTON SAHAJA! INIKAH MATLAMAT PEMBANGUNAN KITA

SINGAPURA JUGA MEMBANGUN DENGAN PESAT. DI SINGAPURA RAKYAT DIJAMIN 1 UNIT RUMAH MENGIKUT HARGA YANG TERMAMPU. DI MALAYSIA AKIBAT DASAR PENSWASTAAN DAN PENGKORPRATAN  KERAJAAN MENGHILANGKAN TANGGUNG JAWAP SOSIALNYA TERHADAP RAKYAT. AKIBATNYA BANDAR DAN PINGGIR BANDAR TERUTAMA DI P.PINANG DIHUNI OLEH GOLONGAN MEWAH.

KIINI MENYEDARI KESILAPAN ITU,  KERAJAAN MULA MENGAMBIL SEDIKIT TANGGUNG JAWAP UNTUK MEMBINA RUMAH MAMPU MILIK. INI KERANA RAKYAT MENGHADAPI MASALAH UNTUK MEMBELI RUMAH-RUMAH YANG TERMAMPU. RUMAH-RUMAH YANG DIBANGUNKAN SELAMA INI DENGAN PESAT IALAH YANG BERHARGA TINGGI BERJUTA RINGGIT  UNTUK PASARAN LUAR . 

MENINJAU SEKITAR P.PINANG ITULAH YANG BERLAKU, BUKIT DITARAH UNTUK MEMBINA RUMAH MEWAH, PANTAI DAN DILAUT DITEBUSGUNA UNTUK MEMBINA BUNGALOW( TG TOKONG) .
 


DASAR YANG TIDAK MENYELESAKAN RAKYAT WAJIB DIUBAH. JIKA TIDAK SEBAGAIMANA  KATA PM KITA  : 

JIKA KITA TIDAK BERUBAH KITA AKAN DIUBAH IAITU DITOLAK OLEH KUASA RAKYAT DALAM PRU KE 13 


PAPAN TANDA PROJEK KOMERSIAL DI TELUK BAHANG - AKAN NAIK TIDAK LAMA LAGI  SELEPAS PRU KE 13 


No comments:

Post a Comment