Pages

Thursday, April 18, 2013

PENGAJARAN DARI NEGERI SEMBILAN BUAT PKR -BAHAYA PILIH CALON DARI KELOMPOK SENDIRI !

PELAJARAN DARI NEGERI SEMBILAN BUAT PR DALAM MEMILIH CALON

DIPETIK DARIPADA BLOG ASPAN ALIAS
                                   
Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.
Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.
Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. ‘Jangan
buangkan air di tempayan terlalu cepat.
Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya’.

No comments:

Post a Comment