Pages

Friday, April 26, 2013

PKR TELUK BAHANG



TELUK BAHANG 26 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Teluk Bahang lumpuh apabila 180 ahli termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya tekad meninggalkan parti itu dan menyertai Barisan Nasional. 

Bekas Pengerusi Cabang berkenaan, Mustaffa Ahmad berkata, keputusan itu diambil memandangan kesemua ahli terlibat sudah tidak yakin dan percaya dengan kepimpinan parti dan pakatan pembangkang.

Tegasnya, mereka semua tersinggung dan tidak boleh menerima tindakan Naib Presidennya Tian Chua menghina anggota keselamatan yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah.

"Kita tidak boleh terima keceluparan itu. Anggota terlibat bermati-matian mempertahankan kedaulatan negera dan isu kalimah Allah yang dibangkitkan juga sangat melampau."Oleh itu dengan tindakan keluar beramai-ramai ini cabang PKR Teluk Bahang juga ditutup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menyerahkan borang keahlian BN kepada calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, di sini malam tadi.

No comments:

Post a Comment