Pages

Sunday, April 14, 2013

KARIER DAN POTENSI YUSMADI USAH DIMATIKAN BEGITU SAJA !




POTENSI YUSMADI DI BALIK PULAU USAH DIMATIKAN !


BERI PELUANG KEPADA YUSMADI YUSUF DI BALIK  PULAU

Penyandang kerusi parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff mungkin mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas selepas digugurkan dari senarai PKR.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu menamakan Muhd Bakhtiar Wan Chik sebagai calon PKR untuk kerusi tersebut. Ini bermakna  menggugurkan nama Yusmadi Yusuf calon yang menang dalam PRU lepas dengan kelebihan 708 undi.

Yusmadi tokoh muda berwibawa yang dipuji DSAI sebagai leftenannya yang lantang dalam sesiperbahasan di  parlimen sepanjang 2008-2012. Beliau banyak membuat kerja di lapangan, menolong rakyat bawahan dalam kes-kes  mahkamah seperti perumahan,  menggerakkan program pendidikan dan membangkitkan tentang isu melestarikan warisan Melayu di P. Pinang.

Jika tidak dicalonkan di peringkat parlimen beliau calon berwibawa untuk diturunkan di peringkat DUN. Sekurang-kurangnya PKR ada calon muda yang berkelibar di peringkat  DUN P. Pinang.Beliau  berpotensi menjadi TKM yang kuat dan seimbang untuk menyaingi tokoh-tokoh  berwibawa daripada  DAP.

Pemimpin muda berpotensi seperti beliau perlu diberikan laluan bukan dimatikan kariernya secara terkejut. Yusmadi telah pun berbakti dengan sedaya upaya dan berada di lapangan perjuangan era reformasi semasa susah. Penyelesaian yang bijaksana pasti akan merapatkan semula barisan yang nampaknya ada keretakan.Ia  masih  boleh diperbetulkan segera menerusi muafakat.Masalah selesai dan PR menang !

DISESUAIKAN DARI BLOGLIOST MALAYSIA

Komen :

Semua yang terlibat dalam apa jua perjuangan sekali pun perlu ada sifat keikhlasan untuk melihat perjuangan mereka berhasil. Saya berpendapat semua yang terlibat dalam hal- hal sebegini perlu matang dan ikhlas supaya dapat mencari jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak.

                                                       BERSATU KITA TEGUH
BERCANGGAH KITA ROBOH
BERCERAI KITA BODOH!

No comments:

Post a Comment