Pages

Tuesday, July 16, 2013

DIMANAKAH KEDUDUKAN SOSIO EKNOMI MELAYU DAN MENGAPA KAH MEREKA MISKIN ?

Tuesday, 16 July 2013

UMNO Baruputra: Melayu itu dan Melayu ini, rakyat juga yang ketinggalan



Isu ini terus dimainkan oleh UMNO. Kalau UMNO tewas maka masa depan orang Melayu akan musnah. Oleh yang demikian, orang Melayu mesti terus menyokong UMNO. Tapi untuk tujuan apa? Supaya mereka yang kita beri kuasa boleh terus mengayakan golongan UMNO Baruputra? Keadaan rakyat Melayu ketinggalan dibelakang. UMNO menjerit sana sini mengenai Melayu itu dan ini. Tapi yang merasai nikmat dari kuasa politik yang rakyat beri ialah putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, putera dan puteri kroni UMNO dan putera pegawai tinggi kerajaan.
Perkara ini saya dengar juga selama saya berada dalam persidangan dewan rakyat. Teriakan Melayu itu dan Melayu ini lantang kita dengar. Kadang2 dalam nada yang bellicose dan mengajak kita bergaduh.
Yang berteriak Melayu ini dan Melayu itu lupa bahawa lebih ramai orang Melayu menolak mereka. Dari jumlah 11.23juta yang keluar mengundi, jumlah Melayu ialah 65% atau 7.3 juta.
UMNO dan BN mendapat 3.4juta undi Melayu. Ini bererti 3.9 juta orang Melayu menolak BN berbanding dengan 3.4 juta. UMNO sendiri secara keseluruhan mendapat 3.2 juta undi yakni sama dengan jumlah ahli UMNO.
Maka yang menjerit melayuitu dan ini, menjerit atas otoriti apa? Majority Melayu tidak bersama kamu.
Kita nak tanya, apa parti Melayu yang terbesar lakukan selama mereka perintah. Sejak 1955 hingga hari ini, yang perintah kerajaan persekutuan ialah perikatan dan BN yang dikepalai oleh UMNO.
Pendapatan purata orang kampong yang majority nya Melayu sekitar RM3000 sebulan. Ini angka purata. Dalam kawasan saya Raub, saya tidak tahu bagaimana sebahagian besar rakyat Melayu mencari pendpatan. Mereka hanya berkerja kampong atau makan gaji sebagai buruh menorah getah. Dengan harga getah yang amat rendah keluaga Melayu yang hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM200 sebulan pun ramai?
Maka pendapatan purata RM3000 sebulan tidak bererti apa apa kepada orang Melayu. Sebahagian besar berada diluar linkungan pendapatan purata ini. Tapi, kebetulan itulah dianya tahap kelayakan menerima BR1M. maka BR1M sebetulnya pengesahan bahawa orang Melayu miskin selama berada dalam pemerintahan UMNO.
Pendapatan purata orang Melayu 70% dan 85% dari pendapatan purata Cina dan India. Ini bemakna, yang paling miskin ialah Melayu. Setelah berbilion dibelanjakan dan setelah puluhan dasar dijalankan. Setelah puluhan tahun memerintah, 7.2 juta Melayu berpendapatn kurang dan RM1700. 8.7 juta dengan pendapatan RM1500. Pekali gini atau gini coefficient Melayu sekitar 0.421 dikalangan Melayu menunjukkan perbezaaan pendapatan antara kaya dan miskin Melayu masih meluas walaupun sudah diperbaiki semenjak 2009. Pekali untuk Malaysia ialah 0.431. sehingga 2012, incidence of poverty dikalangan Melayu yakni peratusan Melayu yang jatuh dibawah garis kemiskinan ialah 2.2% .
Saya mengajak pembaca Melayu merenung perkara ini. Yang menerpa kepada kita memohon bantuan kebajikan ialah Melayu. Yang menerjah kita apabila ada malapetaka dan bencana alam ialah Melayu. Yang memohon bantuan kewangan untuk ke hospital untuk  mendapaat rawatan khusus dan memerlukan wang nak hantar sekolah ialah Melayu. Jika mak dan bapa bermula sebagai penerima bantuan JKM, anak pun sama mewarisi status ini. Bahkan untuk bayar rumah dan bil api pun yang datang memohon pertolongan ialah orang Melayu.
Yang meraung tidak dapat hak milik tanah yang diusahakan 30-40 tahun ialah Melayu. Jadi, melayu yang macam mana BN tolong?
UMNO tolong UMNO Baruputra. Ketua eksekutif yang bergaji 400 ribu keatas dan 1.2 juta sebulan? Malah ada yang jadi menteri , tahun lepas mendapat gaji dan emolument RM6-7 juta. Melayu jenis ini tidak kisah tak dapat hak milik, tak tahu pun apa jkm, tak tahu perasaan ditimpa bencana alam, tak peka hidup dalam gerobok usang, tidak tertekan mahu menyegolahkan anak dan sebagainya.
Jadi jeritan Melayu itu dan ini yang berkumandang dalam dewan rakyat selama saya bersidang hanya hipokrasi hendak menunjuk2 si penjerit menjuarai kepentingan Melayu. Bagaimana teriakan yang kuat menyelesaikan masaalah kemiskinan dan keterbelakangan Melayu?
Jeritan bukan ganti kepada integriti, tataselia yang baik, kerajaan yang bersih dan cekap, pematuhan kepada pemerintahan ikut undang2 dan akauntabiliti. Jeritan dan pekikan bukan ganti kepada dasar yang jujur dan ikhlas.

PENGHULU TERAWAL TELUK BAHANG

HASIL DARIPADA PERTANYAAN KEPADA PARA PENDUDUK ASAL TELAUK BAHANG DITEMUI NAMA-NAMA YANG BERIKUT :


ANTARA NAMA YANG DIBERI SEBAGAI PENGHULU TERAWALNYA IALAH :

DARUS  BIN SALLEH

PAKSU TORIA ATAU NAMA SEBENARNYA YAHAYA @ ZAKARIA BIN SALLEH

PENGHULU BIDIN

PENGHULU KHAMIS BIN KIMAN

HAJI HUSSEIN BIN AWANG

AHMAD BIN OMAR


SEKARANG JAWATAN PENGHULU TIDAK WUJUD  LAGI DIGANTIKAN DENGAN NAMA PENGERUSI JKKK .JAWATAN INI DIPANGKU KINI OLEH ENCIK ZULKIFLI BIN  MOHD AMIN

GERBANG TELUK BAHANG INFO MENELUSURI MASA KINI DAN GAMBARAN MASA DEPANNYA

BERMULA DENGAN SEJARAHNYA  DARIPADA MANA TIMBUL NAMA TELAK  BAHANG



Orang Melayu sangat kreatif dalam menamakan tempat. Tempat yang dinamai sesuai dengan keadaan geografinya. Geografi Melayu mengenali TANJONG, PERMATANG,  BAGAN, ALOR, KUALA, HULU, TELUK dsbnya.

TELUK dikenal pasti daripada kawasan yang bergelehok atau masuk ke dalam.Lawannya ialah TANJONG.

Melihat rupa bentuk mukabuminya TELUK BAHANG terletak di kawasan yang melengkong ke dalam. Gambaran dari atas bukit akan menunjukkan bentuknya.

Teluk ini pula dipancari cahaya matahari yang sangat terik sehingga menjadikan kawasan yang panas memabakar. Maka orang tua-tua kita menamakannya Teluk Bahang.

Berjiran dengannya ialah BATU FERINGHI

Di Teluk Bahang terdapat banyak kampung.Di antaranya kampung Nelayan, Kampung Teluk Awak, Kampung Bangsal Rawai, Kampung Keling ( telah lenyap kini tapak Penang Mutiara), Kampung  Kelian

 


Peta tempat-tempat yang berada di sekitar Teluk Bahang 

HARGA AYAM DI BALIK PULAU MELAMBONG

Hadiah PRU13: Harga ayam RM10 sekilogram.....!!!
 
YB DATUK DR HELMI HJ YAHAYA AHLI PARLIMEN BALIK PULAU


BALIK PULAU - Penduduk di bandar ini terpaksa membeli ayam dengan harga RM10 sekilogram iaitu paling tinggi setakat ini berbanding kawasan lain di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.
Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, harga ayam yang terlampau tinggi itu membebankan penduduk di situ yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

"Saya tidak pasti kenaikan mendadak itu disebabkan peniaga cuba memanipulasi harga ayam untuk mengaut keuntungan berganda atau kos pengangkutan meningkat berikutan Balik Pulau terletak agak jauh dari bandar.

"Bagaimanapun, dengan harga ayam RM10 sekilogram, ia sudah pasti di luar kemampuan penduduk," katanya.