Pages

Wednesday, September 18, 2013

Sunday, September 15, 2013

Teluk Bahang -Meneroka Sungai Teluk Bahang


 

Teluk Bahang adalah kawasan yang indah .Kawasan yang mempunyai bentuk alam yang unik

Ada laut yang membiru , pantai yang panjang lagi indah, pantai berbatu berbagai rupa bentuk,hutan tropika dekat dengan peisisr laut, ada sungai  , tumbuhan-tumbuhan, ikan dan burung  yang pelbagai spesis dll

Kazanah alam ini perlu dipelihara dan dipulihara, terutamannya sungai. Mari kita meninjau sungai-sungai yang masih wujud dan berfungsi di Teluk Bahang.Sedih ! Sungai-sungai teersebut kotor , berkeladak dan sedang menghadapi masa kritikal untuk terus hidup.

Amat malang jika sungai Teluk Bahang menjadi sungai yang nazak dan hampir mati.Nasib sebagaimana Sungai Pinang.Sungai yang terbesar di P.Pinang .Sungai yang dulu menjadi nadi utama perdagangan di P.Pinang.Sungai laluan sejarah.Sungai yang membawa para pedagang dari Nusantara ke P.Pinang.

SUNGAI TELUK BAHANG MASIH BOLEH DISELAMATKAN !

Friday, September 13, 2013

Petua awet muda kekal berseri walau pun tua




 


BONGKAR!!! Petua Tradisional Awet Muda [MESTI BACA...]

Seringkali kita terserempak dengan wanita atau lelaki yang kelihatan tua dari usia sebenar mereka. Kulit muka mereka kelihatan pucat dan tidak berseri. Cuba amalkan petua di bawah ini :

AIR DAUN PEGAGA.
Sediakan daun pegaga sebanyak 2 genggam. Bersih dan tumbukkannya sehingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air dan minum perahan air ini 2 atau 4 kali seminggu. Insyaallah tidak akan dimakan usia.

KHASIAT AIR KELAPA TUA
Cuba amalkan membasuh muka menggunakan air kelapa tua ini dan biarkan kering sendiri selama 10 hingga 15 minit. basuh dengan air bersih. Disamping mengawet muda wajah anda ia juga bertindak sebagai moisterizer. Insyaallah...

RAHSIA LENDIR DAUN LIDAH BUAYA.
Ambil 1 atau 2 pelepah basuh sehingga bersih kikis lendirnya dan masukkan ke dalam bedak sejuk. Gaul sampai rata dan sapukan ke wajah anda dengan rapi. Ulangi memakainya 2 kali sehari. Insyaallah pasti ada perubahannya.

KOBIS, MADU LEBAH PELEMBAB MUKA.
Ambil beberapa daun kobis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kobis dan gaulkan dengan madu lebah tersebut. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bersihkannya menggunakan kapas lembab dengan lembut. Insyaallah kulit muka anda akan sentiasa lembab dan tegang.

DAUN INAI PENAIK SERI.
Ambil segenggam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira 3 cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. Insyaallah wajah anda akan berseri.

KHASIAT KUNYIT MUDA.
Ambil kunyit muda yang segar, bersih dan potong nipis. Jadikannya ulam semasa anda makan nasi. Insyaallah wajah anda akan

Sunday, September 8, 2013

YB BARU DUN TELUK BAHANG TETAP MELAWAT KAWASAN WALAU KEHUJANAN !



YB baru Teluk Bahang YB Shah Headan dalam DUN P.Pinang  (2013-2018) setiap minggu ada sesi perjumpaan dengan penduduk .Beliau membuka pejabat di ruang kecil bangunan MPPP Teluk Bahang.Di sana bersama dengan kaki tangannya ia berjumpa dengan orang ramai minum pagi dan bertanya khabar .

Dalam masa yang sama beliau bertanyakan bentuk aduan rakyat di kawasannya untuk diselesaikan. Ada yang diselesaikan segera . Ada yang diminta tempoh  untuk  di atasi dengan kadar masa yang segera .Yang mendesak akan diberi keutamaan.

Baru -baru ini beliau mengunjungi rumah-rumah penduduk yang daif untuk diberi bantuan .Beliau bersamapara pembantu melawat walau pun kehujanan. Beliau melawat sebuah rumah yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan walau pun berandanya runtuh dan dapurnya hampir roboh.

Rumah tersebut dihuni oleh seorang jandaberusia 78 tahun, Wan Som bti Jab. Janda yang hidup bergantung dengan pencen suami RM 700/ dan terpaksa menangung 1 orang anak yang tidak bekerja dan 3 orang cucu .

Satu amalan baik YB baru ini beliau tetap  akan menjawap panggilan telepon dan membalas sms dengan kadar segera.YB Shah Headan sedang membuktikan dirinya sebagai YB sebenar  YANG BERKHIDMAT  untuk rakyat. Bolehkah PR mencabar kubu kuat BN ini ? 

 Ditambah dengan  kepimpinan yang peka  dan kualiti perkhidmatan yang terbaik ditawarkan kepada rakyat yang semakin cendekia  dan terbuka menilai keberkesanan.Disamping parti rakyat melihat kepada pemimpin dan kepimpinan  yang perkhidmatannya lekat di hati mereka.

YB Shahidan