Pages

Sunday, September 8, 2013

YB BARU DUN TELUK BAHANG TETAP MELAWAT KAWASAN WALAU KEHUJANAN !



YB baru Teluk Bahang YB Shah Headan dalam DUN P.Pinang  (2013-2018) setiap minggu ada sesi perjumpaan dengan penduduk .Beliau membuka pejabat di ruang kecil bangunan MPPP Teluk Bahang.Di sana bersama dengan kaki tangannya ia berjumpa dengan orang ramai minum pagi dan bertanya khabar .

Dalam masa yang sama beliau bertanyakan bentuk aduan rakyat di kawasannya untuk diselesaikan. Ada yang diselesaikan segera . Ada yang diminta tempoh  untuk  di atasi dengan kadar masa yang segera .Yang mendesak akan diberi keutamaan.

Baru -baru ini beliau mengunjungi rumah-rumah penduduk yang daif untuk diberi bantuan .Beliau bersamapara pembantu melawat walau pun kehujanan. Beliau melawat sebuah rumah yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan walau pun berandanya runtuh dan dapurnya hampir roboh.

Rumah tersebut dihuni oleh seorang jandaberusia 78 tahun, Wan Som bti Jab. Janda yang hidup bergantung dengan pencen suami RM 700/ dan terpaksa menangung 1 orang anak yang tidak bekerja dan 3 orang cucu .

Satu amalan baik YB baru ini beliau tetap  akan menjawap panggilan telepon dan membalas sms dengan kadar segera.YB Shah Headan sedang membuktikan dirinya sebagai YB sebenar  YANG BERKHIDMAT  untuk rakyat. Bolehkah PR mencabar kubu kuat BN ini ? 

 Ditambah dengan  kepimpinan yang peka  dan kualiti perkhidmatan yang terbaik ditawarkan kepada rakyat yang semakin cendekia  dan terbuka menilai keberkesanan.Disamping parti rakyat melihat kepada pemimpin dan kepimpinan  yang perkhidmatannya lekat di hati mereka.

YB Shahidan

No comments:

Post a Comment