Pages

Sunday, December 8, 2013

KAJIAN KELUARGA TERAWAL YANG MEMBUKA TELUK BAHANG



SEJAUH YANG DAPAT DIKESAN antara keluarga terawal yang membuka kampung Teluk Bahang ialah keluarga Tok Darus bin Salleh.Kajian yang mendalam akan membongkar tentang penemuan-penemuan baru. Misalnya di Teluk Duyung telah ada perkampungan yang terawal.Wujud tanah perkuburan di situ. Ini bukti kukuh menunjukkan adanya petempatan.

Begitu juga dengan tempat yang bernama Pantai Aceh. Diletakkan nama sempena pendaratan orang-orang Aceh di sana. Di Teluk Bahang ada tempat yang dinamakan Kampung  Teluk  Awak. Pada nama tertera maklumatnya yang terlakar. Mengapakah Teluk Awak ?Awak mengenalkan kita kepada suku kaum campuran di antara Melayu dengan Siam.

Sejarah sangat penting bagi kita. Ia menelusuri kebenaran iaitu apa yang berlaku sebelumnya.Ia memberi arah tentang keberadaan kita demi menghadapi masa depan. Malang bagi kita kerana  sejarah kampung dan asal-usulnya tidak direkodkan.Ia terpendam dalam pengalaman orang dahulu kala.Diperturunkan kepada anak cucu.Itu pun bagi yang mencari tahu dan ambil indah.Jika tidak sejarahnya akan terbenam dan hilang tanpa punca. 

Sekali lagi sejarah kita menjadi cerita yang ditokok tambah dan hilang kebenarannya. Makanya kita hilang hak dan segalanya. Berkemungkinan  menjadi bangsa yang bakal  menumpang di tanah air sendiri.

Halaman ini sedaya upaya ingin merekodkan secebis kisah dan sejarah yang sempat dirakamkan. Ingatan yang kekal pada orang yang masih hidup.Direkodkan daripada ingatan yang benar berdasarkan catatan  anak dan cucu leluhur yang terawal.

Seperi yang diberitakan DARUS BIN SALLEH adalah keturunan orang yang datang dari kawasan yang berdekatan dengan Perlis. Satu daerah yang bernama Pangaih.Ini menurut berita yang disampaikan oleh Pakcik Zahir yang berusia 70 tahun. Beliau mengenali keluarga Darus.Maklumatnya diambil daripada  bapak mertuanya yang bernama Pawanchik bin Jab atau Rejab. Pawanchik ialah cucu kepada Darus.

 Mereka datang ketika terjadinya pergolakan iaitu Perang di antara pihak Thai dengan orang-orang Islam di Selatan Thai. Tarikhnya ialah pada pertenghan abad yang ke 19 ,sekitar tahun 1850an. 

Salleh yang datang ke Teluk Bahang  menjadi peneroka tempat yang kini dikenali sebagai KELIAN. Tapak yang  dipenuhi bukit bukau yang landai. Kini telah menjadi kawasan yang dipenuhi dengan jirat atau perkuburan China. Bukti kawasan yang menjadi bukti kehadiran Salleh hingga kini ialah wujudnya tanah di pinggiran bukit yang didiami oleh keturunan Salleh.

SALLEH mempunyai beberapa orang anak. Di antaranya DARUS, HASHIM,  NAYAN, CHE AH dan YAHAYA atau TORIA.

SALASILAH KETURUNAN   SALLEH - MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK 

                                         SALLEH  DATANG DARI PANGAIH SELATAN THAI
                                 ANAK ANAK  SALLEH SETAKAT YANG DIKETAHUI 5 ORANG 

                    DARUS              HASHIM               NAYAN             CHE AH              YAHAYA (PAK SU TORIYA)                                                                                                                                                                                                                       CHE NAH            SALLEH                 OMAR                                       RODZIAH, PAK LONG SAIDIN

                    WAN SU             MAJID                  

                   RASHIDI               

kETURUNAN SALLEH YANG MASIH BERADA DI TANAH YANG DITEROKA OLEH BELIAU IALAH CICITNYA YANG BERNAMA AHMAD BIN OMAR BIN NAYAN BIN SALLEH.

BELIAU MEWARISI BAKAT KEPIMPINAN KELUARGANYA DENGAN MENJADI PENGHULU TELUK BAHANG . JAWATAN LAIN YANG DISANDANG IALAH KETUA UMNO CAWANGAN TELK AWAK.                                           

AHMAD OMAR PENGERUSI JKKK (P ) TELUK BAANG MENINGGAL DUNIA


YANG MULIA PENGERUSI JKKK (PERSEKUTUAN) KAWASAN TELUK BAHANG EN AHMAD BIN OMAR telah meninggal dunia kira -kira jam 6.30 pagi , hari Ahad 8 Disember 2013 bersamaan 5 Safar 1435 H di hospital P.Pinang. Sebelumnya  beliau ialah Ketua UMNO cawangan Teluk Awak juga Pengerusi JKKK Teluk Bahang sehingga tahun 2008.

Beliau meninggal ketika berusia 62 tahun(1951-2013) ialah ialah seorang kaki tangan Jabatan Hutan yang bersara pada tahun 2008. Antara rakan sekerjanya yang rapat ialah Encik Mohd Noor.

AHMAD OMAR 1

En. Ahmad seorang akitivitis UMNO  yang giat dan setia serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap masyarakat . Dengan penampilan yang mesra dan menarik ia amat dikenali ramai.Kehadirannya sangat terasa dalam majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.

Sebagai pemimpin dari segi penampilan dan hubungan awam beliau sangat berjaya menjalin silatur rahim di lingkungannya terutama dalam majlis-majlis sosial seperti upacara koran. Ia mengambil peranan yang penting. Contoh yang baik ini harus dijadikan model ikutan oleh para pemimpin pelapis yang baru.

Ahmad Omar 2

Di Teluk Bahang jawatan pengerusi JKKK diterima sebagai PENGHULU. Satu jawatan pengiktirafan masyarakat sebagai pemimpin utama di Teluk Bahang. Ada serentetan penghulu yang masyhur. Bermula dengan Penghulu Darus bin Salleh, Pak Su Toria atau Yahaya bin Salleh, Penghulu Bidin, Penghulu Khamis bin Kiman, Haji Hussein bin Awang, Penghulu Ahmad bin Omar dan kini Mohd Amin bin Nordin( Penghulu Zul).

Satu keistimewaan dan keunikan Ahmad bin Omar yang tidak ada  pada orang lain ialah minatnya untuk menternak kerbau.Ini adalah satu pekerjaan tradisi yang diperturunkan oleh keluarga beliau.Di samping itu ia mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang kesusasteraan di zaman mudanya.

Penghayatan yang tinggi terhadapnya menjadikan ucapannya menarik dengan bunga-bunga bahasa.Selamat tinggal untuk Yang Mulia Encik Ahamd bin Omar.Kehilanganmu sangat terasa. Semoga Allah sbh menempatnya di kalanagna orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal alamin.