Pages

Sunday, December 8, 2013

AHMAD OMAR PENGERUSI JKKK (P ) TELUK BAANG MENINGGAL DUNIA


YANG MULIA PENGERUSI JKKK (PERSEKUTUAN) KAWASAN TELUK BAHANG EN AHMAD BIN OMAR telah meninggal dunia kira -kira jam 6.30 pagi , hari Ahad 8 Disember 2013 bersamaan 5 Safar 1435 H di hospital P.Pinang. Sebelumnya  beliau ialah Ketua UMNO cawangan Teluk Awak juga Pengerusi JKKK Teluk Bahang sehingga tahun 2008.

Beliau meninggal ketika berusia 62 tahun(1951-2013) ialah ialah seorang kaki tangan Jabatan Hutan yang bersara pada tahun 2008. Antara rakan sekerjanya yang rapat ialah Encik Mohd Noor.

AHMAD OMAR 1

En. Ahmad seorang akitivitis UMNO  yang giat dan setia serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap masyarakat . Dengan penampilan yang mesra dan menarik ia amat dikenali ramai.Kehadirannya sangat terasa dalam majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.

Sebagai pemimpin dari segi penampilan dan hubungan awam beliau sangat berjaya menjalin silatur rahim di lingkungannya terutama dalam majlis-majlis sosial seperti upacara koran. Ia mengambil peranan yang penting. Contoh yang baik ini harus dijadikan model ikutan oleh para pemimpin pelapis yang baru.

Ahmad Omar 2

Di Teluk Bahang jawatan pengerusi JKKK diterima sebagai PENGHULU. Satu jawatan pengiktirafan masyarakat sebagai pemimpin utama di Teluk Bahang. Ada serentetan penghulu yang masyhur. Bermula dengan Penghulu Darus bin Salleh, Pak Su Toria atau Yahaya bin Salleh, Penghulu Bidin, Penghulu Khamis bin Kiman, Haji Hussein bin Awang, Penghulu Ahmad bin Omar dan kini Mohd Amin bin Nordin( Penghulu Zul).

Satu keistimewaan dan keunikan Ahmad bin Omar yang tidak ada  pada orang lain ialah minatnya untuk menternak kerbau.Ini adalah satu pekerjaan tradisi yang diperturunkan oleh keluarga beliau.Di samping itu ia mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang kesusasteraan di zaman mudanya.

Penghayatan yang tinggi terhadapnya menjadikan ucapannya menarik dengan bunga-bunga bahasa.Selamat tinggal untuk Yang Mulia Encik Ahamd bin Omar.Kehilanganmu sangat terasa. Semoga Allah sbh menempatnya di kalanagna orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment