Pages

Tuesday, January 14, 2014

PENGERUSI JKKK TELUK BAHANG KESAL BANTUAN PUKAT TIDAK IKUT SALURAN



PENGERUSI JKKK TELUK BAHANG KESAL – BANTUAN PUKAT DITURUNKAN TIDAK IKUT SALURAN


 Zul JKKK


Hasil daripada usul dan jerih payah perjuangan akar umbi PR terutama JKKK , kerajaan negeri P.Pinang telah bertindak menurunkan bantuan pukat kepada para nelayan pantai 2 kali setahun. Ini adalah komitmen tinggi kerajaan negeri untuk membantu rakyat bawahan.

Secara langsung telah melegakan nelayan yang kerosakan pukat turun ke laut. Secara tuntas telah mengatasi masalah nelayan yang keputusan modal. Mereka mendapat pukat baru , setelah putus asa kerana pukat lama tidak boleh diguna pakai lagi. Tahniah atas keperihatinan itu.

Namun ada satu kekesalahan yang timbul ! Mengapakah bantuan tersebut disalurkan terus kepada Persatuan Nelayan Kawasan tanpa pengetahuan pihak JKKK Teluk Bahang .Kami adalah wakil kerajaan negeri di peringkat akar umbi kawasan yang terlibat.

Bila bantuan ini disalurkan terus kepada para nelayan mereka tidak mengetahui bahawa ini adalah bantuan langsung daripada kerajaan negeri P.Pinang terhadap rakyatnya.
Mereka yakin bahawa bantuan ini daripada Kementerian Pertanian Malaysia. Ia menjadikan matlamat bantuan untuk menunjukkan komitmen kerajaan negeri P.Pinang dan kepekaan Pakatan Rakyat tidak kesampaian. Terjadi sebagaimana kata pepatah lembu punya susu sapi dapat nama.

Atas kapasiti Pengerusi JKKK Teluk Bahang saya berasa kesal bagaimana hal ini boleh dilakukan tanpa sebarang surat pemakluman awal.Tujuannya supaya kami boleh menguruskan bantuan tersubut secara lebih berhemah dan selaras dengan polisi kerajaaan negeri membantu rakyat bawahan membasmi kemiskinan.

Kesilapan-kesilapan ini menyebabkan JKKK berhadapan dengan berbagai kerumitan untuk menjawabnya . Kami telah diketepikan secara langsung oleh pihak berkuasa yang cuai. Akibatnya dideritai oleh kepimpinan bawahan PR setempat bahawa kami tidak bejerja untuk rakyat.

Kami mohon hal yang sebegini jangan diulangi lagi kerana ia sangat memalukan dan menimbulkan kekecewaan akibat tidak mengikut saluran.

Zulkifli Nordin Pengerusi JKKK Teluk Bahang P.Pinang 14 hb Januari 2014

No comments:

Post a Comment