Pages

Friday, January 1, 2016

Kunjungan ahli PKR dari ADUN Kajang ke Balik Pulau

Pada 12 Disember 2015 ,ahli ahli PKR dari DUN Kajang telah berkunjung ke Pulau Pinang.Rombongan bas mengandungi  40 orang tiba selepas margrib di dewan Balora Balik Pulau .Ketua cabang PKR Datuk Halim Hussein menyambut tetamu bersama ahli ahli PKR Balik Pulau yang lain.


Sebelumnya rombongan ini telah berkunjung ke parlimen Permatang Pauh.


Dalam ucapanya beliau memberi maklumat ringkas tentang Balik Pulau.Antaranya BP  merupakan kawasan green belt iaitu kawasan hijau di Pulau Pinang. Di kawasan ini populasi penduduknya sekitar 72% Melayu,13 peratus China dan 5 % India dll. Kawasan sawah padi dulunya seluar 500 ekar tetapi sekarang hanya tinggal 250 ekar sahaja.Mata pencarian utama ialah kegiatan kelautan iaitu sektor  nelayan ,pemandu pelancong dan kegiatan pertanian, pendusunan, penjaja.

Ga bar dibawah ialah suasana semasa lawatan tersebut .
Datuk Haji Halim Hussein telah menghadiahkan rombongan dengan bingkisan buah pala produk ekonomi tempatan di Balik Pulau.

No comments:

Post a Comment