Pages

Saturday, January 2, 2016

MEMBANGUN KEARIFAN TEMPATAN DAN EKONOMI LOKAL DI KAWASAN TELUK BAHANG

Teluk Bahang adalah kawasan nelayan tradisi. Ada dua tempat yang terkenal dalam sektor kenelayanan di P.Pinang. Pertama Teluk Kumbar dan kedua Teluk Bahang. Kedua dua kawasan berteluk ini kaya dengan sumber perikanan.Kedua duanya ialah kawasan penduduk asal dan menjadikan kegiatan perikanan sebagai sumber penghidupan utama sejak zaman berzaman. Dari zaman sebelum penjajah hinggalah ke hari ini. Sebut Teluk Bahang akan teringat kawasan yang makmur dan kaya dengan limpahan spesis ikan yang berlapis lapis . Terutamanya dari dalam kuala kuala subgai hinggalah ke pesisir pantai, tepi laut, kawsan berbatu, tengah laut dan samuderanya yang menghadap ke Teluk Benggala. Ini adalah kawsan jajaran ikan yang sangat kaya dengan sumber hasil laut.Sepatutnya sumber alam ini dipelihara, dijagai dan dipertahankan kekayaannya secara konsisten. Ia adalah sumber ekonomi tempatan yang menyediakan rezeki yang murah dan melimpah untuk rakyat tempatan. Dahulunya sekitar tahun 1960an, 1970an dan 1980an ikan ditangkap ratusan pikul oleh nelayan tempatan menggunakan pukat hanyat,  pukat ndlayan tempatan, kegiatan merawai dan kegiatan memancing di spot spot tertentu yang dikenal pasti lubuk lubuk ikannya. Kini hasil  tangkapan semakin merosot dan menuju kepupusan sumber sumber perikananan yang sebelumnya sabgat kaya.

Tinjauan awal menunjukkan akibat pembangunan moden yang berorientasikan keuntungan komersil semata mata telah menghilangkan beberapa tapak nelayan. Bermula dengan pelupusan kawasan penduduk asal.Contohnya di Teluk Bahang kawasan Kampung Keling. Kini tapak Hotel Mutiara. Di harap kehilangan ini tidak diteruskan lagi sehingga meliputi keseluruh kawasan perkampungan Teluk Bahang.Pembangunan moden juga jangan sesekali menutup, menghakis dan mengosongkan kawasan nelayan tradisi beroperasi selama ini.

Ini sebagaimana yang terjadi Batu Feringhi dan Tanjong Tokong. Tapak tapak asal nelayan tradisi telah dikambus dan dibuat tebusguna tanah yang besar untuk pembangunan yang todak ada kaitan langsung dengan penduduk asalnnya. Pembangunan semestinya membawa kemakmuran untuk dinikmati rakyat tempatan, bukannya menghambat mereka keluar dan menjadikannya tidak ada kaitan sama sekali dengan ekonomi tempatan dan kearifan tempat. Inilah yang sedang berlaku dan aspek ini sering terlepas pandang .

Kajian awal yang dikenal pasti menunjukkan kegiatan penangkapan ikan nelayan tempatan tempatan bertembung dengan kegiatan menangkap ikan penangkap ikan menggunakan pukat harimau atau pukan tunda.

Tinjauan ke atas beberapa nelayan tradisi mengimbau pengalaman mereka sebelum kehadiran pukat tunda menunjukkan polulasi ikan sangat kaya dan banyak. Ikan dapat ditangkap di bahagian tepi laut. Wujud beberapa jenis pukat yang popular masa itu tetapi kini tidak berfungsi lagi. Mengapa populasi ikan semakin kurang dan menghampiri kepupusan akibat kegiatan rakus cara penangkapan ikan mengggunakan pukat tunda dan pukat pukat lain secara intensif.

Penulis telah mewawancara beberapa nelayan dan mengenal pasti spesis ikan yang pupus dan semakin hilang  dalam masa 20 tahun. Antara ikan yang boleh  dikataka pupus dan tidak kelihatan lagi.

Ikan sorumbu, ikan genuhu, ikan senohong, ikan bagok, mayong, goh, ikan kurau, terubuk, yu sumbat, selampai ......................

1 comment:

  1. Pasir pandak kini hanya sebagai sebutan dalam ingatan setiap kali saya singah di teluk bahang

    ReplyDelete