Pages

Wednesday, November 16, 2016

Sebelum pukat harimau








Seringkali terdengar keluhan para nelayan ketika  bersembang. Pokoknya mereka diumbang ambing oleh  kehodupan yang tak menetu. Hasil  tangkapan berkurangan. Spesis Ikan yang dulu banyak sekarang jarang-jarang kelihatan. Contohnya ikan belanak, semilang, kerapu, gerut gerut bahkan ikan ikan tamban dan kembong pun tidak mewah lagi.  Dahulu hasil tangkapan nelayan kita begitu mewah dan melimpah.Namun sejak tahun-tahun 90an dan memasuki alaf baru ini berlaku perubahan yang mendadak dalam hasil tangkapan sangat terjejas.Apakah puncanya?

Puncanya ialah manusia sendiri. Jangan terkejut "Manusialah yang menjadi punca kemusnahan". Mengapa ? Sebelum menjawab persoalan itu wajar kita tanya kita tangkap ikan untuk apa ? Sudah tentu untuk makan. Laut adalah stok makanan manusia. Secara semula jadi Allah mencipta laut yang masin airnya menjadi sumber perbekalan makanan manusia. Dan daripada air masin Allah keluarkan ikan yang yang dagingnya lembut dan segar dengan  kesedapan yang pelbagai rasa. Hari ini manusia bukan menangkap ikan untuk makan tetapi memusnahkan benih benihnya untuk dibuat baja. Dengar pun pelik bukan. Itulah yang dilakukan oleh para pengusaha pukat tunda.Kemusnahan ini dibiarkan.

Kajian CAP menyatakan  daripada 1 kilo anak anak ikan yang ditangkap akan menghasilkan beratus kilo ikan apabila membesar. Inilah punca kemusnahan ikan. Setiap  hari pukat pukat tunda atau HARIMAU memusnahkan beratus kilo anak anak ikan untuk dijadikan baja. Kemusnahannya terbayang pada  nama. Amat menakutkan,tidak mesra alam langsung membayang pemusnahan dengan rakus. Begitu pukat buaya,pukat hantu, pukat apollo dll.Sedang di luar negara terutama negara negara Scandinavia tangkapan sangat lumayan. Mereka berehat tangkap ikan ketika musim ikan bertelur.Kita tidak kira masa sama ada nelayan pantai atau pukat tunda tangkapan dilakukan sepanjang masa. Hampir 24 jam pukat terendam di dalam air. Hampir tidak ada masa untuk ikan membesar mencapai saiz matang.

Dulu orang biasa boleh menjamin ada ikan yang dapat ditangkap seperti gelama, ikan duri, puting damak, semilang, dll untuk makanan harian. Kini udang kepal pun tak kelihatan.Begitu ikan belanak dan kedera bermain main di permukaan laut. Kemusnahan hidupan laut, soput siput, karang laut, rumah ikan sangat nyata.Tindakan mencegah kerosakan yang dibuat oleh pukat pukat tunda dan pukat pukat lain tidak dapat dilaksanakan. Sedangkan negara jiran seperti Indonesia, Thailand , Burma dan Thailand  mengharamkannya. MALAYSIA seperti biasa sangat lunak dengan golongan pemusnah alam. Langsung  tak ambil kisah dengan penderitaan rakyat.

Contohnya para nelayan .Keluh kesah mereka  hampir hampir tidak dipedulikan lagi. Ini terjadi setelah bantahan demi bantahan dibuat. Tindakan tidak dibuat walau pukat pukat tersebut menjadi pemusnah kepada hidupan laut .Kuasa ada tetapi penguatkuasaan amat lemah.Tidak mustahil besok seperti yang terjadi di sesetengah tempat laut tanpa hidupan. Lebih malang lagi laut yang menjadi habitat ikan, udang, sokong, karang dan sumber rezeki nelayan dikambus untuk dijadikan daratan melalui reclaimation menjadi kawasan pembangunan.

Apa yang dulu mustahil telah berlaku. Kehidupan nelayan kini sangat terjejas kerana tidak ada dasar untuk melindungi kehidupan mereka. Kerajaan kini pro swasta secara berlebihan iaitu pihak yang boleh mendatangkan wang dan hasil melalui pembangunan. Rakyat tak begitu penting. Hanya perlu pada masa masa tertentu sahaja terutama semasa pilihanraya. Slogan seperti RAKYAT DIDAHULUKAN PEMBANGUNAN DIUTAMAKAN hanya bertarap halwa telinga. Kesimpulannya peranan kerajaan dan pihak berkuasa dalam menentukan laut tidak diganggu dengan punca punca kemusnahan. Langkah ini secara semula jadi alan menambah biakkam populasi habitat ikan di laut.

TAMAN NEGARA juga harus berfungsi secara aktif. Pihak berkuasa tersebut wajar menyediakan kolam kolam buatan untuk membiakkan  dengan banyak  benih benih ikan yang sedia ada dan  menghasilkan semula benih benih ikan yang pupus dengan melepaskannya semula ke laut.Kita boleh belajar dari Thailand , Mynmar, Vietnam, Taiwan, Jepun dan negara negara Scandinavia bagaimana mengurus habitat laut dengan betul. Manusia adalah khalifah Allah, pengurus dan pengganti Tuhan di muka bumi. Ia bukan pemusnah tetapi pencinta dan pengasih kepada alam. Alam dan hidupan bukan musuh dan hamba yang boleh doperlakukan secara ganas. Mereka adalah makhluk makhluk Allah yang dititipkan demi muslihat manusia. Firman Allah yang maksudnya APABILA KAMU BERSYUKUR NESCAYA AKAN KAMI TAMBAH, JIKA KAMU KUFUR INGATLAH AZABKU SANGAT PEDIH !


Gambar di atas adalah alat penangkapan ikan secara tradisional yang bernama belat pok dan jermal.Dulu, alat-alat ini digunakan oleh nelayan kita.Alatnya mesra alam dan tidak merosakkan ekosistem.Selain itu nelayan-nelayan kita juga menggunakan pukat-pukat tertentu seperti pukat hanyut dan pukat jerut.Namun sejak pukat tunda dan pukat harimau di perkenalkan dan diberi lesen oleh kerajaan,semuanya berubah.Pukat-pukat tradisional yang disebut di atas menangkap ikan yang saiznya cukup besar.Anak-anak ikan akan terlepas dan mempunyai masa untuk membesar  untuk ditangkap semula kemudian hari.

Berbeza dengan pukat harimau,ia menangkap semua jenis ikan dari yang paling kecil hingga yang besar.Justeru anak ikan yang ditangkap tidak sempat untuk membesar.Jadi sudah tentulah ikan-ikan yang besar berkurang kerana ianya sudah ditangkap semasa saiznya masih kecil.Lebih malang lagi ikan-ikan kecil ini ditangkap untuk dibuat baja.Penangkapan yang sebegini tidak mempunyai etika dan hanya memikirkan keuntungan jangka pendek.Akibatnya inilah yang kita terima.Ikan-ikan yang dahulunya melimpah-limpah sekarang merosot dengan teruknya.

Disinilah terletaknya peranan kerajaan.Setelah diberi lesen sekian lama kepada pukat tunda dan kesan-kesan buruknya,rasanya sudah sampai ketikanya kerajaan menilai semula pemberian lesen untuk pukat-pukat yang merbahaya ini.Masih belum terlambat.Jika dibiarkan berterusan kesannya akan lebih parah lagi.Sesat dihujung jalan kembali kepangkal jalan.